Ramai yang menganggap ini adalah perpindahan paling mengejutkan kali ini melibatkan Juventus dan Blaise Matuidi.
Juventus dikatakan berjaya mendapatkan pemain tersebut dengan nilai £18.2 juta. Dalam pasaran perpindahan yang mengalami inflasi yang teruk, ia dianggap angka yang murah untuk pemain dalam kualiti beliau.
Blaise Matuidi adalah pembelian ke-10 Juventus kali ini selepas nama-nama seperti Federico Bernardeschi, Juan Cuadrado, Douglas Costa dan Wojciech Szczesny.
CEO Juventus, Giuseppe Marotta terbang ke Paris untuk bertemu Antero Henrique pada Rabu dan tidak disangka-sangka PSG terus memberikan lampu hijau untuk membenarkan pemain tersebut bercakap dengan Juventus.
Blaise Matuidi bersetuju untuk menyertai Juventus dan terus terbang ke Turin untuk melengkapkan rundingan peribadi dan prosedur medikal.
Matuidi menyertai PSG dari St-Etienne pada 2011, Beliau menjadi rebutan banyak kelab besar ketika itu. Beliau sudah membantu kelab handalan Perancis itu memenangi 4 kejuaraan Ligue 1 dan menjadi antara nama penting dalam skuad Perancis.
Blaise Matuidi tampil sebanyak 295 kali untuk PSG dan telah menjaringkan 33 gol. Matuidi dilaporkan bersetuju dengan perjanjian 3 tahun.
Juventus sudah kehilangan 2 pemain penting mereka, Daniel Alves yang dilepaskan secara ejen bebas. Seterusnya, adalah perpindahan kontroversi Leonardo Bonucci ke AC Milan.
Juventus akan memulakan kempen mempertahankan Serie A pada Sabtu ini menentang Cagliari.