Skuad Blackburn Rovers sangat teruja dapat menjalani sesi latihan bersama pengurus baru kelab, John Dahl Tomasson (JDT) yang baru bermula pada minggu ini.
Blackburn Rovers telah melantik John Dahl Tomasson sebagai ketua jurulatih mereka yang baru dengan legenda Denmark itu bersetuju untuk mengikat kontrak bersama kelab sehingga 2025.
JDT sebelum ini pernah mengendalikan skuad Malmo dalam aksi saingan liga bola sepak Sweden dengan beliau turut berjaya membantu kelab memenangi dua kali gelaran liga.
🎥 𝗥𝗼𝘃𝗲𝗿𝘀 𝗕𝗮𝗰𝗸𝘀𝘁𝗮𝗴𝗲.
Jon Dahl Tomasson puts the lads through their paces during the last day of training at Brockhall before the squad head off to Portugal.#Rovers 🔵⚪️ pic.twitter.com/qAE3iR6myD
— Blackburn Rovers (@Rovers) June 25, 2022
Beliau memilih untuk meninggalkan kelab pada Disember tahun lalu, sebelum dinamakan sebagai calon ketua jurulatih Blackburn Rovers.
Tomasson mengambil alih Blackburn Rovers dari Tony Mowbray yang telah meninggalkan kelab bermula pada bulan lalu selepas membawa kelab ke kedudukan kelapan dalam saingan Championship.
John Dahl Tomasson sementara itu telah memulakan kariernya sebagai jurulatih sejak bersara pada tahun 2011 yang lalu.
Beliau memulakan karier kejurulatihannya bersama Excelsior Roda JC di Belanda sebelum bertugas sebagai pembantu jurulatih bersama Vitesse Arnhem dan skuad kebangsaan Denmark.
Kini beliau akan mengembangkan lagi kariernya dalam bidang pengurusan dengan mengendalikan Blackburn Rovers dalam kancah liga bola sepak Inggeris.
🎥 𝗥𝗼𝘃𝗲𝗿𝘀 𝗕𝗮𝗰𝗸𝘀𝘁𝗮𝗴𝗲 from JDT's first week of training coming shortly. 🙌
Here's a TK taster for now… 🐈 #Rovers 🔵⚪️ pic.twitter.com/FoWgvbihZd
— Blackburn Rovers (@Rovers) June 25, 2022
Skuad Blackburn sepertinya sangat teruja untuk memulakan sesi latihan bersama John Dahl Tomasson.
JDT selepas ini akan membawa 28 pemainnya ke Portugal untuk memulakan sesi latihan pra musim pada hari ini.
JDT sementara itu turut teruja untuk terus mengendalikan Blackburn Rovers dengan beliau mendedahkan kegembiraannya selepas seminggu menguruskan kelab.
“Semangat mereka sangat hebat, mereka bekerja keras, mereka sangat terbuka dengan cadangan saya.”
🗣 𝐉𝐃𝐓 admits he has been impressed by the spirit and quality in the group, as he reflects on his first few days working with the players.#Rovers 🔵⚪️https://t.co/u4ms9AphDA
— Blackburn Rovers (@Rovers) June 25, 2022
John Dahl Tomasson sangat diharapkan akan mampu untuk membantu kelab layak semula beraksi dalam saingan Premier League.
Selepas selesai aksi pra musim di Portugal, John Dahl Tomasson akan membawa anak-anak buahnya untuk kembali menjadi latihan di pusat latihan Blackburn Rovers.
Mereka kemudiannya akan memberi tumpuan untuk aksi dalam saingan Championship dan juga saingan FA Cup.
📆 Jon Dahl Tomasson says excitement is building ahead of the new season following the release of the 2022-23 fixtures.#Rovers 🔵⚪️https://t.co/4dd6oxmrz1
— Blackburn Rovers (@Rovers) June 24, 2022
Sama ada John Dahl Tomasson mampu atau tidak untuk menjadi pengurus yang hebat, semuanya boleh dilihat menerusi cara bagaimana beliau memimpin Blackburn Rovers.