Bisa Paulo Josue Pastikan Malaysia Cemerlang Benam Cabaran Timor Leste

Malaysia secara rasminya berjaya meraih kemenangan sulung mereka pada musim ini dalam saingan Asean Championship 2024, selepas skuad kendalian Pau Marti Vicente menewaskan Timor Leste menerusi keputusan 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Awal permainan menyaksikan Timor Leste cuba memberi tekanan kepada Malaysia sehingga ada kesilapan berlaku daripada pertahanan negara sebelum satu percubaan dicipta lawan.

Perlawanan jelas lebih memihak kepada pelawat, dengan Malaysia masih lagi mencari-cari rentak permainan selain beberapa kesilapan juga berlaku terutama daripada segi hantaran kepada sesama rakan.

Harimau Malaya cuba mencipta beberapa gerakan menerusi siri percubaan Paulo Josue dan Syafiq Ahmad sebelum ianya mudah diselamatkan oleh Georgino Mendonca selaku penjaga gol utama Timor Leste.

Secara keseluruhan 10 minit pertama permainan, aksi ditampilkan oleh kedua pasukan sedikit perlahan dengan bola jelas lebih banyak berlegar di tengah padang serta tiada sebarang percubaan berbahaya.

Aksi terpaksa dihentikan seketika, selepas ada perlanggaran berlaku membabitkan penyerang Malaysia iaitu Darren Lok bersama penjaga gol lawan pada minit ke-17, apabila masing-masing terpaksa menerima rawatan terlebih dahulu sebelum Georgino ditukarkan bersama penjaga gol lawan.

Pada minit ke-31, Fergus Tierney dibawa masuk oleh Pau Marti untuk menggantikan khidmat Darren Lok yang tidak dapat meneruskan perlawanan tersebut kerana kesan kecederaan dialami.

Penyerang Kedah Darul Aman iaitu Syafiq Ahmad berjaya meletakkan Malaysia di hadapan terlebih dahulu pada minit ke-37, selepas beliau menerima umpanan berkualiti daripada Tierney untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Malaysia kembali tampil dalam kesukaran pada masa tambahan, apabila Timor Leste menyamakan kedudukan menerusi Olagar yang bijak memanfaatkan umpanan daripada rakan sepasukan sebelum terus ketinggalan 1-2 pula menerusi ledakan Joao Pedro sehingga wisel separuh masa pertama dibunyikan.

Bersambung di separuh masa kedua, Harimau Malaya melancarkan serangan bertali arus mereka ke arah kubu pertahanan pelawat dalam usaha untuk sekurangnya kembali mendapatkan gol penyamaan.

Beberapa perubahan dibuat Pau Marti di separuh masa kedua juga setakat ini dilihat masih belum memberikan impak positif dengan Malaysia terus menghadapi kesukaran untuk memburu gol.

Paulo Josue kembali menghidupkan peluang buat Harimau Malaya, apabila beliau berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-69 setelah dirinya cemerlang melepaskan satu rembatan deras dari dalam petak penalti.

Malaysia akhirnya berjaya berada di hadapan apabila Josue sekali lagi meledak gol ketiga permainan pada minit ke-83 sekali gus menggembirakan para peminat di SNBJ.

Keputusan tamat dengan Harimau Malaya akhirnya mengesahkan kemenangan sulung mereka pada aksi kedua Asean Championship 2024 mengatasi Timor Leste.

Kesebelasan Utama

Malaysia: Kalamullah Al-Hafiz (Penjaga Gol), Dominic Tan Jun Jin (Kapten), Lambert Declan Stephen Lee Kit Meng, Daniel Sang Ting, Darren Yee Deng Lok, Muhammad Najmudin Akmal Bin Kamal Akmal, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Sturmer dos Reis Paulo Josue, Harith Haiqal Bin Adam Afkar, Muhammad Syafiq Bin Ahmad, Muhammad Danial Amier Bin Norhisham

Timor Leste: Georgino Jose Alexandro Mendonca da Silva (Penjaga Gol), Joao Pedro da Silva Freitas (Kapten), Francisco da Costa, Joao Panji dos Santos Soares, Claudio Gomes Osorio, Olagar Fernando Malik Xavier, Zenivio Morientes Gostavo Conceicao Mota, Santiago Xavier Jose da Costa, Freteliano de Jesus dos Santos, Mario Donasio Requis Dias Quintao, Nelson Sarmento Viegas

Foto: Adzha Kahar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN