Birmingham Dipotong 9 Mata Kerana Berbelanja Melampaui Pendapatan

Birmingham City telah dikenakan hukuman potong 9 mata kerana melanggar peraturan berkaitan dengan pengurusan kewangan yang digelar – ‘profitability and sustainability rules’.

Perkara itu disahkan sendiri oleh EFL. Birmingham bernasib baik kerana tidak dipotong 12 mata seperti mana yang digambarkan oleh EFL sebelum ini.

Birmingham telah berbelanja melebihi keuntungan mereka sejak 5 tahun yang lalu. Birmingham ada 14 hari daripada tarikh hukuman untuk mereka melakukan rayuan.

EFL dalam kenyataan mereka berkata: “Badan bebas Pegawai Disipilin yang dilantik di bawah regulasi EFL hari ini mengesahkan; Birmingham akan diptong 9 mata kerana melanggar peraturan ‘Profitability and Sustainability Rules’.”

“Ini selepas hasil daripada audit, Birmingham City selama 3 tahun daripada 2015-2018 tidak pernah menjana sebarang keuntungan. Mereka mencatatkan kerugian lebih £39 juta.”

Pihak Birmingham dilaporkan faham dengan segala butiran pertuduhan dan mengaku bersalah.

Salah satu sebab bil mereka melambung tinggi adalah kerana Zola dan Harry Redknapp yang pernah dilantik menjadi pengurus mereka dalam tempoh tersebut.

Zola dan Reknadpp telah berbelaja lebih £31 juta untuk membeli pemain sahaja.

Pihak EFL berpuas hati dengan peraturan kewangan yang ketat ke atas kelab-kelab Championship.

Buat masa ini hanya Birmingham sahaja yang tersabit dengan kesalahan tersebut. Dan kelab-kelab lain banyak menunjukkan data kewangan yang positif. Mereka tidak berbelanja melampau melebihi ‘wang masuk’ ke dalam kantung.

Pemotongan mata itu menyebabkan Birmingham jatuh daripada tangga ke-13 ke tangga ke-18.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN