Cardiff City kini menyaksikan kedudukan slot automatik mereka ke EPL musim hadapan dalam keadaan terancam.
Ini selepas mereka tewas 3-1 di tangan Derby County, pasukan yang telah menunjukkan peningkatan musim ini.
Skuad bimbingan Neil Warnock kini hanya dibezakan 3 mata dengan Fulham. Fulham memiliki kelebihan perbezaan jaringan yang sangat baik.
Tinggal 2 lagi perlawanan, pastinya Cardiff mahu memastikan mereka mara ke EPL tanpa melalui perlawanan play off. Hanya Wolves yang sudah sah ke EPl musim hadapan.
Cardiff di hadapan menerusi gol separuh masa pertama oleh Callum Paterson.
Namun begitu kesilapan pertahanan membuatkan Derby County bangkit 3 gol pada separuh masa kedua. Gol-gol Derby County adalah menerusi 2 gol Cameron Jerome dan 1 gol Matej Vydra.
Kemenangan ini membolehkan Derby County naik ke tangga ke-6 yang merupakan slot play-off terakhir. Mereka memintas Milwall.
Selepas tamat perlawanan, pengurus Cardiff City, Neil Warnock ternyata kecewa dengan kesilapan yang dilakukan oleh pemain-pemain beliau.
“Kami kecewa. Saya fikir kami patut menang perlawanan ini jika kami lebih bermain dengan cara kami sendiri.”
“Separuh masa kedua, kami melakukan kesilapan pertahan yang dihukum dengan setiap gol. Itu bukan karakter kami sebenar. Kami harus bersatu sekali lagi, Tidak selalu kami melakukan kesilapan-kesilapan pertahanan seperti itu.”
“Kami pastinya sedih malam ini, tapi itulah kehidupan. Banyak kelab pastinya mahu berada di kedudukan kami sekarang termasuk Derby.”