Bintang muda Selangor iaitu Muhammad Bin Abu Khalil dilaporkan menyertai salah satu kelab ternama di Thailand, Nakhon Pathom United bagi pusingan kedua Thai League 1 musim 2024/2025.
Terdahulu, Muhammad mencipta sensasi tersendiri di Jepun apabila beliau terpilih untuk mewakili Osaka FC secara pinjaman daripada pasukan asalnya iaitu Selangor.
Walaupun begitu, nasib Muhammad dianggap sedikit tidak baik sepanjang di Jepun apabila beliau gagal mencipta sebarang penampilan bersama kelab tersebut sehingga tempoh pinjamannya tamat.
Persoalan mula bermain di fikiran peminat mengenai masa depan Muhammad jika tonggak muda Harimau Malaya itu akan kembali bersama Selangor atau dipinjamkan bersama pasukan baharu.
Menerusi perkongsian dibuat oleh Offeris Wichitchote selaku pemerhati bola sepak Thailand, beliau menyatakan Muhammad menyertai Nakhon Pathom selain media SNE Sports turut melaporkan perkara sama.
DONE DEAL!!!
Muhammad Abu Khalil joined Nakhonpathom United in Thai League 2024/25 second leg
📷 : Agent#ThaiLeague #NPTUTD #MuhammadAbuKhalil#SNESports pic.twitter.com/TzMhjdJ3O2
— SNE Sports (@SNE_Sports) January 10, 2025
Jika benar Muhammad bersama Nakhon Pathom, ianya bermakna beliau bakal bersama seorang lagi bintang muda Malaysia iaitu Fergus Tierney.
Apakah nilai positif yang boleh diperoleh Muhammad jika beliau menyertai saingan utama Thailand untuk musim ini?
Peluang beraksi lebih kerap
Mungkin ini paling logik buat Muhammad untuk menempatkan diri bersama pasukan serta meraih lebih banyak minit permainan di luar negara.
Apa tidaknya, Muhammad terpaksa mengharungi persaingan cukup sengit sebelum itu ketika bersama Osaka FC sehingga sukar untuk meraih minit permainan.
Pada usia masih muda dan bakal mewakili salah satu pasukan di saingan utama Thailand jelas merupakan langkah terbaik untuk beliau menjadi lebih positif.
Cipta rekod lebih baik
Muhammad juga bukan sahaja berupaya mendapat lebih banyak minit permainan atau diberi peluang beraksi, sebaliknya pemain itu mempunyai ruang untuk mencipta rekod tersendiri.
Segala kelebihan dan pengalaman yang dimiliki oleh Muhammad mampu dicurahkan dengan baik jika beliau mendapat peluang sekali gus mencipta rekod lebih cemerlang selaku pemain bola sepak profesional dari Malaysia.
Malah, beliau juga mampu untuk membuktikan salah satu pemain dari Malaysia juga mempunyai kualiti di luar negara jika Muhammad konsisten dalam setiap permainan dihadapi.
Buka peluang bintang muda lain di Thailand
Kehadiran Tierney dan Muhammad di Thailand juga boleh dianggap sebagai pemangkin semangat terbaik untuk anak-anak muda lain tampil lebih realistik beraksi di luar negara pada masa hadapan.
Congrats on your 1st team debut Muhammad bin Abu Khalil 👏🔥#forthefuture @selangorfc pic.twitter.com/ApTK9mPtHf
— Dennis Bekking (@D_Bekking) August 14, 2023
Apatah lagi jika kedua pemain itu memperagakan aksi cukup menyakinkan sehingga membuka mata lebih banyak kelab lain untuk menarik minat mereka mendapatkan bintang-bintang dari Malaysia.
Pada masa hadapan, diharap lebih ramai pemain muda lain tampil lebih realistik seperti Tierney dan Muhammad untuk cuba menempatkan diri di saingan luar negara dan mencipta cabaran baharu.