Bintang Muda Perlu Diberi Peluang Untuk Barisi Skuad Harimau Malaya

Pengendali utama Harimau Malaya iaitu Pau Marti Vicente disarankan untuk terus memperkenalkan bakat-bakat muda yang dipanggil supaya membarisi skuad kebangsaan pada dua aksi persahabatan ini.

Terdahulu, Pau Marti telah pun menyenaraikan sembilan pemain muda daripada pelbagai posisi untuk bersama-sama tonggak senior mengharungi dua aksi persahabatan bertemu Laos serta India.

Bagi aksi persahabatan bertemu Laos dan India, ini merupakan inisiatif terbaik buat Pau Marti untuk menilai sejauh mana kualiti pemain muda Malaysia dipanggil itu mampu memenuhi jangkaan beliau pada masa hadapan.

Secara pecahan, Pau Marti menyenaraikan empat pemain muda yang beraksi di posisi pertahanan, dua bahagian tengah, serta dua lagi untuk serangan.

Melihat kepada dua aksi ini, ia merupakan peluang terbaik buat Pau Marti untuk memberi pendedahan kepada mereka sebagai persediaan untuk masa hadapan skuad bola sepak senior Malaysia akan datang.

Malah, Datuk Dr. Pekan Ramli selaku pemerhati bola sepak tempatan juga menyatakan ia sebagai peluang terbaik untuk bekas jurulatih pembangunan Barcelona itu memberi pendedahan berguna kepada pemain muda yang kurang diberi peluang sebelum itu.

Apatah lagi Malaysia hanya akan berdepan Laos yang dianggap tidak menjadi cabaran terbesar kepada Harimau Malaya dan dianggap bersesuaian untuk beliau menurunkan lebih ramai bakat-bakat muda.

“Saya harap Pau Marti ni jangan sekadar panggil sahaja (pemain-pemain muda). Kalau nak panggil, tapi tak bagi peluang kepada mereka, baik tak perlu panggil.

“Saya harap mereka dapat diturunkan terutama pada perlawanan menentang Laos dan Pau Marti juga kena berani.

“Saya percaya dia bukan pilih pemain sekadar tangkap muat sebaliknya tahu kelebihan semua pemain-pemain terbabit,” kata Pekan menerusi perkongsian dibuat oleh Kosmo.

Setakat ini, hanya Arif Aiman dilihat sering mendapat peluang untuk membarisi kesebelasan utama ekoran kualiti dimiliki beliau cukup menyakinkan.

Sebaliknya pemain muda lain terpaksa berusaha lebih keras untuk tampil konsisten demi mendapat peluang beraksi bersama skuad senior kebangsaan.

Walaupun begitu, Pau Marti kini dilihat lebih mesra akan pemain muda dengan beliau mula mempercayai beberapa nama seperti Harith Haiqal serta Haqimi Azim bersama skuad senior negara.

Malah, Pau Marti turut menyenaraikan Fergus Tierney bersama Harimau Malaya kali ini untuk menggantikan kekosongan ditinggalkan oleh Romel Morales akibat kecederaan dialami.

Sumber:
KOSMO

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN