Bintang Muda Indonesia Bakal Sertai Skuad Tok Gajah?

Pemain sayap skuad kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani dikhabarkan bakal menyertai juara Piala FA 2018, Pahang bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia yang lebih mencabar.

Menurut laporan daripada portal bola sepak dari Indonesia, Bolasport.com, Saddil difahamkan kini berada di Kuantan bersama ejennya daripada Estrada Sports Agency melalui paparan di laman instagramnya.

Estrada Sports Agency merupakan ejen yang sama membawa masuk pemain import Indonesia seperti Andik Vermansah menyertai pasukan dalam Liga Malaysia.

“Selamat datang dalam keluarga Estrada,” tulis akaun instagram yang diberi nama joe.estrada_sports_agency sambil berselfie bersama Saddil berlatar belakangkan East Coast Mall iaitu pusat beli belah terkemuka di Kuantan.

Bolasport.com turut melaporkan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berangkat ke Indonesia bulan lalu untuk mengintai beberapa calon pemain import di sana.

Dollah bersama barisan jurulatih dari Pahang FA sempat menyaksikan perlawanan Liga Indonesia di Jakarta Selatan yang melibatkan pasukan Bhayangkara FC menentang PSM Makassar.

Ketika ditemubual oleh media Indonesia, Dollah mengesahkan Pahang sedang intai khidmat pemain muda yang beraksi dengan skuad kebangsaan Indonesia namun enggan mendedahkan nama pemain tersebut.

“Pemain ini masih muda dan pemain timnas Indonesia. Kami belum buat keputusan lagi kerana masih berbincang dengan pemain itu,” jelas Dollah Salleh.

Kelibat Dollah Salleh bersama delegasi daripada Pahang FA ketika menyaksikan perlawanan Liga Indonesia. FOTO: Mochamad Hary Prasetya / Bolasport.com

Saddil hari ini mengumumkan beliau sah meninggalkan kelab Persela Lamongan melalui laman instagramnya sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai penghijrahannya ke Liga Malaysia.

Pemain berusia 20 tahun itu merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Indonesia B-19 dan Indonesia B-23 serta mempunyai rekod jaringan sebanyak 14 gol di peringkat antarabangsa.

Beliau sempat mewakili negaranya di kejohanan AFC B-19 dan Sukan Asia. Namun begitu, beliau terlepas peluang mewakili skuad senior Indonesia di Kejohanan Piala Suzuki AFF bulan disember lepas kerana mempunyai kes di mahkamah yang melibatkan isu peribadi dengan tunangnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN