Kedah Darul Aman (KDA) dilaporkan hampir pasti akan menandatangani dua lagi pemain import mereka pada masa terdekat untuk terus mempersiapkan diri dalam saingan Liga Super 2023 tidak lama lagi.
KDA sebelum ini sudah pun memiliki tujuh pemain import yang sudah pun didaftarkan dengan lebih awal serta menandatangani khidmat tonggak naturalisasi negara iaitu Lee Tuck.
LEE TUCK KINI SANG KENARI!
Selamat datang Lee Andrew Tuck ke bumi Jelapang Padi! Pemain yang diikat selama setahun bersama Sang Kenari bakal mengisi slot kuota pemain tempatan terakhir bagi pasukan Liga Super musim 2023. pic.twitter.com/rpwG7tGB0d
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 30, 2022
Walaupun begitu, pemilik KDA iaitu Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar telah pun memaklumkan bakal memenuhi kuota pemain import yang telah ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) musim ini.
Pada satu sesi sidang media yang berlangsung beberapa hari lalu, pemilik kelab tersebut telah mengumumkan dua lagi pemain import baharu akan menyertai KDA tidak lama lagi.
Menurut Dr Daud, kedua pemain tersebut masih lagi berada dalam proses dan akan dimuktamadkan secepat mungkin untuk para penyokong Sang Kenari.
Sehingga kini kedua pemain tersebut masih lagi belum didedahkan oleh laman rasmi pasukan tersebut mengenai identiti mereka kepada umum.
Namun, menurut sumber yang diterima KDA bakal mendapatkan dua pemain yang beraksi di posisi tengah serta penyerang untuk musim hadapan dan melengkapkan terus kuota mereka.
Untuk pemain tengah, dilaporkan oleh sumber beliau berasal dari Algeria serta masih lagi muda dan akn diserap masuk dalam skuad simpanan KDA bersama barisan bintang-bintang muda lain.
Manakala untuk penyerang baharu KDA pula, pasukan tersebut bakal menggunakan khidmat pemain kebangsaan dari Ghana untuk terus memperkukuhkan pasukan tersebut di posisi berkenaan.
SELAMAT DATANG WILLIAN LIRA SOUSA 🇧🇷
Willian Lira bermain di posisi penyerang akan menyarung jersi 9️⃣ pasukan KDA FC musim 2023! Beliau hadir dengan satu matlamat bagi membantu Sang Kenari mara lebih jauh musim ini. pic.twitter.com/ydUGXTdL1l
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 5, 2023
Jelas Nafuzi mempunyai perancangan tersendiri musim ini dengan menumpukan kekuatan penuh di bahagian tengah dan serangan dalam rencana taktikalnya.
Ianya dapat dilihat selepas pasukan tersebut sudah pun menandatangani tiga pemain import di posisi tengah dengan latar belakang yang sangat baik.
Pemain tersebut ialah Amirbek Juraboev, Manny Ott, serta Manuel Hidalgo yang sudah pun mempamerkan aksi menyakinkan buat para penyokong menerusi penguasaan di posisi tengah.
Di bahagian serangan, Willian Lira dan Jonathan Balotelli masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri selain penyerang muda negara, Aiman Afif.