Bintang Man Utd Digesa Supaya Berhenti Merajuk

Bintang Manchester United, Marcus Rashford diminta supaya berhenti merajuk dan kembali berusaha untuk mendapatkan semula rentak persembahan terbaiknya.

Begitulah permintaan dari bekas penyerang Premier League, Gabriel Agbonlahor yang menggesa Rashford supaya tak buang masa untuk terus merajuk.

Agbonlahor merasakan yang Rashford nampak kecewa kerana tidak dipilih sebagai kesebelasan utama Manchester United ketika aksi bertemu Wolverhampton Wanderers kemarin.

Penandatanganan terbaru kelab, Jadon Sancho lebih dipilih sebagai pemain utama berbanding Rashford dan ia jelas sekali kerana bekas bintang Dortmund itu nampak lebih meyakinkan.

Bercakap kepada talkSPORT, bekas penyerang Aston Villa itu menyatakan bahawa:

“Ketika Rashford dimasukkan, dia nampak seperti seorang pemain yang sedang merajuk, dia nampak macam nak kata, ‘Berani kau tidak turunkan aku sebagai pemula ketika kau memainkan Sancho yang gagal melepasi sesiapa’.”

“Setiap kali Sancho mendapat bola, dia akan hantar ke belakang, dia terlalu takut untuk melepasi Semedo.”

Agbonlahor meminta Rashford untuk mengeluarkan segala yang beliau ada sama seperti apa yang beliau persembahkan ketika aksi debutnya untuk kelab.

“Saya sedikit marah dan akan merajuk ketika saya nampak pemain yang tidak berada di tahap persembahan terbaiknya diturunkan dan saya tidak dapat jadi pemula.”

Jelas beliau.

“Saya sentiasa memilih Rashford berbanding Sancho, tapi Rashford kena berhenti merajuk, dia perlu meletop seperti mana ketika dia mula-mula diserap masuk ke skuad utama.”

Marcus Rashford memulakan saingan musim 2021/22 sedikit lambat kerana beliau terpaksa diketepikan selepas menderita kecederaan bahu pada awal musim ini.

https://twitter.com/Sportsinformer3/status/1478686896079491075?t=i10lUNirN6UIBZdsFlPXmw&s=19

Hal ini memaksa Marcus Rashford untuk membuat penampilan pertama beliau bersama Manchester United musim ini pada Oktober lalu.

Walau bagaimanapun, pemain kebangsaan England itu tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, dan jelas sekali bergelut dengan masalah prestasi.

Setakat ini, beliau hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja dan turut mencatatkan satu assists dari 11 penampilan dalam saingan Premier League.

Pemain penyerang United itu tidak diturunkan sama sekali ketika aksi kemenangan 3-1 menewaskan Burnley baru-baru ini.

Beliau juga hanya membuat penampilan selama 15 minit sahaja ketika aksi kekalahan 1-0 bertemu Wolverhampton Wanderers di Old Trafford hujung minggu lalu.

https://twitter.com/goalmirror/status/1478686899053154311?t=bP5uTC3QSe6v7BlVQlqj_Q&s=19

Satu hal yang pasti, sememangnya ada persaingan yang sengit untuk pemain-pemain di posisi serangan dalam skuad United pada ketika ini, terutama selepas kehadiran Jadon Sancho dan Cristiano Ronaldo pada musim panas lalu.

Oleh yang demikian, para pemain didesak untuk buktikan sesuatu ketika sesi latihan, agar mereka mendapat tempat untuk diturunkan pada hari perlawanan.

Man Utd kini berada di kedudukan ketujuh dalam carta saingan liga

Ekoran dari kekalahan 1-0 bertemu Wolverhampton Wanderers, Manchester United kini berada di kedudukan ketujuh dalam carta saingan Premier League.

The Red Devils kini hanya mampu mengutip 31 mata sahaja dari 19 penampilan dengan mereka empat mata dipisahkan dari Arsenal yang berada di kedudukan keempat.

Skuad kendalian Ralf Rangnick itu juga perlu konsisten dan tidak keciciran mata lagi selepas ini, seandainya mereka mahu menamatkan saingan Premier League di kedudukan empat teratas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN