Bintang Korea Selatan Di Piala Dunia 2002 Meninggal Dunia

Bintang Korea Selatan yang membawa pasukan negara itu mencipta sejarah mara ke separuh akhir Piala Dunia 2002 telah meninggal dunia.

Yoo Sang-chul adalah salah seorang bintang Korea Selatan yang mengejutkan dunia bola sepak apabila mengemudi negaranya mara sejauh ke peringkat separuh akhir di kejohanan Piala Dunia 2002. Beliau meninggal dunia pada usia 49 tahun, selepas bergelut dengan kanser pankreas sejak beberapa tahun yang lalu.

Yoo beraksi sebanyak 124 perlawanan untuk Korea Selatan dari 1995 sehingga 2005. Gol yang paling menjadi sebutan pernah dijaringkan oleh Yoo dari 18 gol keseluruhan untuk negaranya ialah jaringan ketika menewaskan Poland 2-0.

Ia adalah perlawanan pertama dihadapi Korea Selatan yang juga merupakan penganjur bersama kejohanan tersebut bersama Jepun.

“Kami akan sentiasa mengingati kegembiraan dan kegemilangan hari tersebut bersama anda. Damailah di sana,” ujar Persatuan Bola Sepak Korea Selatan melalui satu mesej yang dimuat naik di media sosial pada Isnin lalu.

Perjalanan penuh inspirasi Korea Selatan di kejohanan Piala Dunia 2002 juga termasuk kejayaan menewaskan Portugal di saingan peringkat kumpulan dan jaringan gol emas yang menyingkirkan Itali di pusingan 16 pasukan terbaik. Jutaan penduduk Korea Selatan membanjiri jalanan meraikan kejayaan tersebut.

Korea Selatan kemudiannya mara ke separuh akhir pertandingan selepas menewaskan Sepanyol melalui penentuan sepakan penalti di peringkat suku akhir.

Perjalanan Korea Selatan bagaimanapun terhenti selepas tewas 1-0 kepada Jerman di dalam aksi separuh akhir. Skuad kendalian Guus Hiddink itu kemudiannya tewas 3-2 kepada Turki dalam perlawanan play-off penentuan tempat ketiga.

Kejayaan mara sehingga ke separuh akhir di Piala Dunia 2002 oleh Korea Selatan kekal sebagai pencapaian terbaik yang pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan dari Asia di kejohanan tersebut.

Selepas bersara pada 2005, Yoo, yang pernah meraih kejuaraan liga sebagai pemain di Jepun bersama Yokohama F.Marinos dan juga di Korea Selatan bersama Ulsan Horangi, sebelum memilih kerjaya sebagai pengulas bersama syarikat penyiar nasional negaranya.

Yoo kemudian menceburkan diri di dalam bidang kejurulatihan di K-League bersama Daejon Citizen pada 2011 dan tugas terakhirnya ialah sebagai ketua jurulatih Incheon United.

Perkhabaran mengenai penyakit kanser tiba pada November 2019. Beliau terus kekal di dalam pasukan sebelum meninggalkan peranan ketua jurulatih dua bulan kemudian selepas membantu Incheon mengelak dari tersingkir ke divisyen kedua.

Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, Y00 adalah salah seorang dari dua pemain di dalam sejarah K-League yang pernah terpilih berada dalam kesebelasan terbaik pada penghujung musim sebagai penyerang, pemain tengah dan pemain pertahanan.

 

Baca artikel lain mengenai bola sepak Korea Selatan:

5 Perkara Menarik Yang Berlaku Di Liga Korea Selatan Pada Musim 2015

9 Pemain Asia Yang Perlu Diberi Tumpuan Di Bundesliga 2015/2016

Prebiu Taktikal Piala Asia 2015: Korea Selatan

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN