Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat telah dinilaikan sebagai pemain paling mahal di Asia Tenggara mengatasi bintang-bintang yang lain.
Amat yang juga merupakan pemain kebangsaan bagi Indonesia dinilaikan sebagai pemain paling mahal di Asia Tenggara dengan hanya beliau sahaja yang mencapai nilai jutaan Euro.
Laman Transfermarkt mendedahkan yang Amat kini bernilai €1 juta (RM4.6 juta) dan nilai itu tidak dapat diatasi oleh mana-mana pemain di Asia Tenggara.
Dalam senarai yang dihasilkan oleh ASEAN Football, Amat tidak keseorang di dalam senarai tersebut kerana terdapat seorang lagi pemain Indonesia yang turut tersenarai dalam lapan pemain termahal Asia Tenggara iaitu Marc Klok.
Klok dinilaikan dengan jumlah €450 ribu (RM2.1 juta) yang menjadikan pemain itu sebagai bintang Asia Tenggara yang keempat termahal di rantau ini.
Selain daripada itu, nama-nama di dalam 10 terbaik yang tersenarai didominasi oleh bintang-bintang dari Thailand dan Vietnam seperti Teerasil Dangda dan Nguyen Quang Hai.
Malang sekali buat pemain dari Malaysia tiada satu nama pun yang ‘melekat’ dalam senarai 10 pemain termahal Asia Tenggara.
Pemain Malaysia termahal adalah bintang baharu Selangor, Faisal Halim yang hanya menduduki tangga ke-23 dibelakang nama-nama seperti Billy Ketkeophomphone (Kemboja), Asnawi Mangkualam (Indonesia) dan Jefferson Tabinas (Filipina).
Berikut adalah senarai penuh 10 pemain termahal di Asia Tenggara ketika ini:
- Jordi Amat – Indonesia (€1 juta/RM4.6 juta)
- Theerathon Bunmathan – Thailand (€600 ribu/RM2.8 juta)
- Irfan Fandi – Singapura (€500 ribu/RM2.3 juta)
- Marc Klok – Indonesia (€450 ribu/RM2.1 juta)
- Sarach Yooyen – Thailand (€400 ribu/RM1.8 juta)
- Nguyen Quang Hai – Vietnam (€400 ribu/RM1.8 juta)
- Kritsada Kaman – Thailand (€400 ribu/RM1.8 juta)
- Nguyen Hoang Duc – Vietnam (€400 ribu/RM1.8 juta)
- Ho Tan Tai – Vietnam (€350 ribu/RM1.6 juta)
- Teerasil Dangda – Thailand (€350 ribu/RM1.6 juta)