Bintang Indonesia Hadapi Musim Sangat Suram Di Jepun Bersama Tokyo Verdy

Perjalanan pemain bintang Indonesia, Pratama Arhan boleh dianggap sangat suram selepas pertahanan kental tersebut sudah pun beraksi dalam saingan J2 League di Jepun bersama Tokyo Verdy selama dua musim.

Arhan memulakan langkah beliau dengan lebih jauh pada 22 Februari 2022 untuk menyertai Tokyo Verdy bersama harapan menggunung diletakkan oleh para penyokong Sang Garuda.

Apa tidaknya, beliau merupakan antara bintang muda ketika itu yang dianggap mempunyai prospek cukup tinggi untuk membantu pasukan negara pada masa hadapan.

Beraksi dalam saingan divisyen kedua di Jepun pada musim pertama, prestasi Arhan jelas tidak memberansangkan selepas beliau hanya mampu mengumpul 45 minit permainan serta sekali sahaja dibawa turun beraksi.

Selebihnya, beliau mengalami kesukaran untuk menembusi dalam senarai pemain bagi siri perlawanan dihadapi pasukan tersebut serta lebih banyak menjalani rutin latihan sahaja.

Masa depan Arhan dianggap mula tidak menentu bersama pasukan tersebut, nama pemain ini masih lagi bertahan di sana kerana terikat kontrak jangka masa panjang.

Untuk musim kedua, pastinya ramai mengharapkan perubahan dapat dialami pemain itu untuk tampil lebih menyinar berbanding sebelum ini terutama sekali mendapatkan lebih banyak minit permainan.

Tetapi segalanya tetap tidak berlaku, selepas Arhan hanya beraksi dalam satu perlawanan sahaja dalam saingan J2 League, serta beberapa kali dibawa turun pada aksi Emperor’s Cup untuk membantj Tokyo Verdy.

Secara keseluruhan, catatan Arhan lebih baik sedikit berbanding musim lalu selepas mengumpul 210 minit beraksi di atas padang tetapi ianya masih belum cukup.

Pada September 2023 lalu, Arhan dilaporkan bakal menyertai saingan K League di Korea Selatan bersama Suwon FC untuk awal musim 2024 dengan status bebas kontrak.

“Perhatian khusus telah pun diberikan kepada Indonesia, pemain kebangsaan mereka diperlukan oleh Suwon FC untuk terus tampil lebih positif dengan mendapatkan pemain berkualiti. Arhan antara calon pemain tersebut.

“Arhan merupakan salah seorang pemain bintang di Indonesia, Suwon FC berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan beliau sendiri berminat dengan perancangan kelab tersebut,” jelas kenyataan itu dan dikongsikan oleh Bola.com.

Pada masa sama, bapa mertua Arhan iaitu Andre Rosiade sendiri mengesahkan pemain pertahanan itu tidak mempunyai perancangan untuk balik ke Indonesia dan ingin mengembangkan karier di luar negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN