Bintang Import Kuching City Rasai Suasana Perkahwinan Ala Melayu Moden

Pemain import Kuching City musim ini, Luiz Fernando Welter secara rasminya telah pun mengahwini pasangannya dan merasai pengalaman baharu buat pertama kali di Malaysia.

Menerusi perkongsian dibuat oleh TV Sarawak, Welter bersama pasangannya mengadakan majlis perkahwinan pada hari semalam bersama konsep budaya melayu moden.

“Pemain Import Kelab Bola Sepak Kuching City FC, Luiz Fernando Welter bersama-sama pasangannya Maria Clara Barbosa merasai sendiri suasana perkahwinan berkonsepkan budaya Melayu moden.

“Majlis perkahwinan Melayu moden yang dipilih itu berlangsung di perkarangan yang berlatarbelakangkan landskap hijau semula jadi,” ulas laman berkenaan.

Tampil berpakaian songket melayu Sarawak, pemain import dari Brazil ini turut mengenakan tengkolok bersama sebilah keris untuk memberi gambaran tradisional bersama rekaan moden.

“Ciri-ciri tradisional jelas kelihatan pada setiap elemen yang diketengahkan termasuk pemilihan pelamin menggunakan fabrik kain putih lembut yang menyerikan ruangan.

“Busana pengantin yang digunakan juga mengetengahkan sentuhan songket Melayu Sarawak,” jelas laman berkenaan lagi.

Majlis seterusnya menyaksikan Welter dan pasangan bakal mengadakan di Brazilian Embassy, Kuala Lumpur pada hari Rabu akan datang.

Untuk rekod, Welter merupakan pemain import terbaharu ditandatangani Kuching City musim ini bawah kendalian Aidil Sharin yang beraksi selaku tonggak tengah.

Bawah kendalian Aidil, Welter setakat ini telah beraksi dalam enam perlawanan di pentas domestik selaku tonggak tengah dan mempamerkan aksi cukup menyakinkan dalam kalangan peminat.

Pada usia 22 tahun, Welter sudah memiliki banyak pengalaman di Brazil bersama kelab tempatan di sana selain turut mewakili pasukan dalam saingan negara Portugal serta Turkiye sebelum memulakan karier di pentas Liga Super untuk Kuching City.

Melihat pada usia masih muda, Welter dianggap memiliki masa depan cukup cerah untuk bersinar buat Kuching City musim ini setelah momentum pasukan itu juga berada pada tahap terbaik.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Welter dan pasangan beliau serta berharap aksi lebih positif mampu dijelmakan oleh pemain muda dari Brazil ini buat pasukan pada masa hadapan.

Sumber:
Kredit foto: TV Sarawak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN