Bintang AC Milan, Andrea Conti Rehat Panjang 6 Bulan Kerana ACL!

Pertahanan AC Milan Andrea Conti sah akan berehat panjang selama 6 bulan selepas mengalami kecedera anterior cruciate ligament (ACL) pada lutut sebelah kiri beliau.

Conti sudah bermain sebanyak 5 perlawanan sejak menyertai AC Milan dari Atalanta dalam perpindahan dengan perbelanjaan besar-besaran dilakukan Milan pra-musim ini.

Conti tercedera ketika tugasan kebangsaan bersama Itali. Namun beliau datang untuk ke sesi latihan pasukan. Dan ia diburukkan lagi apabila Conti mengalami ACL di pusat latihan.

Pihak kelab AC Milan sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka:

“Andrea Conti menjalani prosedur diagnostik pada petang ini (semalam). Hasil daripada diagnostik itu menunjukkan yang beliau mengalami ACL di lutut kiri.”

“Pemain kebangsaan Itali ini akan pergi menjalani pembedahan lutut beliau dan dijangka akan pulih dalam masa 6 bulan lagi.”

Pasukan derbi mereka, Inter Milan turut menghantar tweet yang mendoakan pemain tersebut moga cepat sembuh dan berharap pemain tersebut dapat bermain dalam derby Milano kedua apabila beliau kembali nanti.

Reaksi daripada peminat ke atas tweet tersebut memang positif.

Semoga lekas sembuh Andrea Conti!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN