Quantcast

TEMURAMAH

Bimbingan Dan Latihan Abu Bakar Fadzim Bantu Saya Kekal Konsisten – Shahrel Fikri

Nama Shahrel Fikri Md Fauzi melonjak naik setelah ketajamannya di hadapan gol ketika bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak FC (PKNP FC) mula menjadi bualan peminat bola sepak tanah air.

Ramai yang merasakan pemain berusia 23 tahun ini sudah layak untuk dipanggil bagi menjalani latihan bersama skuad negara.

Kini pemain yang pernah menghadapi episod duka dalam karier bola sepak beliau itu telah mendapat perhatian ketua jurulatih skuad negara, Nelo Vingada dan namanya telah disenaraikan bagi latihan pusat skuad negara bermula 14 Ogos hingga 6 September nanti.

Shahrel merupakan pemain termuda yang dipilih pada latihan kali ini dan beliau juga merupakan pemain tunggal dari Liga Perdana.

Bangkit dari kedukaan 

Seperti sedia maklum, Shahrel pernah diketepikan oleh Razip Ismail (jurulatih Harimau Muda B ketika itu) 3 tahun yang lalu apabila disahkan beliau mempunyai masalah injap jantung bocor yang memaksanya untuk menggantung ‘boot’ nya.

Namun keazaman dan cintanya terhadap bola sepak serta dibantu dorongan keluarga yang pada mulanya turut terkesan dengan masalah yang melanda, Shahrel kembali bangkit melupakan segala kedukaan apabila kembali bersama skuad Piala Presiden Perak.

Sehinggalah beliau beraksi bersama pasukan PKNP FC dalam saingan Liga FAM pada tahun lalu dan kini membawa cabaran dalam Liga Perdana, Shahrel tidak menoleh kebelakang lagi.

10 jaringan dalam Liga Perdana serta 3 jaringan dalam saingan Piala FA dan 3 lagi di Piala Malaysia setakat ini, beliau menjadi bualan hangat peminat bola sepak negara.

Tambahan pula Shahrel turut membantu PKNP FC melayakkan diri ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia serta masih bersaing bagi merebut slot ke Liga Super 2018.

Shahrel Fikri

Kredit foto : PKNP FC

Peluang diberikan Nelo Vingada pentas buat Shahrel untuk menyinar

Shahrel mengakui amat gembira dan bersyukur dengan berita tersebut kerana ianya dapat memberikan peluang kepadanya untuk membuktikan sesuatu.

”Saya sangat gembira apabila nama saya turut diumumkan oleh beliau (Nelo Vingada) dan amat bersyukur kerana usaha saya selama ini berbaloi.”

”Sebagai pemain paling muda yang disenaraikan kali ini dan juga hanya seorang dari Liga Perdana, saya akan berusaha keras bagi melakukan kejutan seterusnya dapat membantu skuad negara nanti.” Tegas Shahrel Fikri yang ditemui Semuanya Bola di Ipoh.

Latihan tambahan dan bantuan Abu Bakar Fadzim sangat membantu

Ketika ditanya faktor yang membuatkan persembahan beliau mampu konsisten ketika ini, Shahrel tanpa berselindung menyatakan bahawa jurulatih beliau, Abu Bakar Fadzim menjadi antara penyebab prestasinya di tahap terbaik kini.

”Sudah pastinya nasihat dan sistem latihan yang diterapkan ‘coach’ Burn (nama panggilan Abu Bakar Fadzim) antara faktor menjadikan saya konsisten ketika ini”.

”Beliau juga sering memberikan nasihat dan kata perangsang kepada saya untuk memperbaiki kesilapan dan menjadi pemain yang lebih baik.’

”Dalam masa yang sama, saya turut melakukan latihan tambahan sebelum dan selepas sesi latihan. Disamping itu dorongan ibu bapa dan keluarga serta bantuan rakan sepasukan juga turut menyumbang kepada prestasi baik saya ketika ini.”

Musim ini Shahrel Fikri sudah beraksi dalam 27 (1 perlawanan sebagai pemain gantian) dari 28 perlawanan yang dihadapi PKNP FC.

Beliau tidak diturunkan ketika perlawanan ke-5 Piala Malaysia ketika bertemu Pahang dimana PKNP sudah pun mengesahkan tempat ke suku akhir selaku juara kumpulan A.

 

Kredit foto : goal.com

 

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!