Billy Ketkeophomphone Sudah Tiba, Sri Pahang Bakal Dilengkapkan Dengan ‘DNA Perancis’

Billy Ketkeophomphone Sri Pahang

Pemain kacukan Laos-Perancis, Billy Ketkeophomphone dilaporkan sudah berada di negara ini untuk melengkapkan perpindahannya ke Sri Pahang.

Menurut laporan Berita Harian, pemain berusia 31 tahun tersebut sudah pun tiba sejak minggu lalu dan kini sedang menjalani kuarantin wajib sebelum menandatangani kontraknya bersama skuad Tok Gajah dalam masa terdekat.

Billy Ketkeophomphone yang dilahirkan di Champigny-sur-Marne, Perancis sebenarnya baru sahaja dinaturalisasi oleh Persatuan Bola Sepak Laos (LFF) untuk didaftarkan bersama pasukan tersebut dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura tempoh hari.

Billy Ketkeophomphone: Bekas Rakan Sepasukan Dickson Nwakaeme & Nicolas Pepe Yang Mampu Melukakan Harimau Malaya

Beliau layak untuk mewakili negara tersebut kerana ibu bapanya merupakan pelarian Laos yang berhijrah ke Perancis pada tahun 1980-an untuk mendapatkan perlindungan suaka.

Ianya sama seperti beberapa pemain warisan yang mewakili skuad kebangsaan negara kira seperti Matthew Davies, Brendan Gan, La’ Vere Corbin Ong, Sam Sommerville, Natxo Insa dan ramai lagi.

Untuk rekod, Billy adalah pemain pertama dari Asia Tenggara yang beraksi di divisyen teratas Perancis. Beliau juga adalah pemain pertama dari rantau ini yang berjaya menjaringkan gol di Ligue 1.

Semasa di Perancis, beliau telah beraksi untuk RC Strasbourg, FC Sion, Tours FC, Angers SCO, AJ Auxerre dan USL Dunkurque.

Semasa di Angers SCO pada musim pada musim 2016/17, beliau sempat beraksi bersama bekas penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme, dan penyerang sayap Arsenal, Nicolas Pepe.

Maka pengalaman luasnya di salah satu liga terbaik di Eropah itu diharapkan membantu Pahang untuk mengharungi saingan Liga Super pada musim baharu ini.

Apatah lagi pasukan berkenaan dikendalikan oleh jurulatih kelahiran Perancis, Christophe Gamel yang pernah menguruskan skuad wanita Paris Saint-Germain (PSG).

Sri Pahang turut diperkuatkan dengan kehadiran seorang lagi pemain yang telah bergelumang dengan bola sepak Perancis iaitu Johan Martial. Abang kepada penyerang Manchester United, Anthony Martial itu pernah mewakili beberapa kelab Perancis seperti SC Bastia, Stade Brest, Troyes AC dan terakhir bersama FC Sochaux di Ligue 2.

Martial, Pogba Sertai Kelab Ligue 2 Sochaux Secara Percuma

Maka pastinya ‘DNA Perancis’ ini diharapkan dapat menghasilkan impak yang diharapkan oleh penyokong setia skuad Tok Gajah yang sudah begitu lama dahagakan kejayaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN