“Bila Nak Bayar Baki Tunggakan?” – Giliran Perak Alami Isu Tunggakan Gaji

Nampaknya, isu tunggakan gaji dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) terus merebak, dengan terbaharu giliran Perak pula terpalit akan isu yang sama dihadapi beberapa kelab lain sebelum itu.

Jika diimbas kembali, beberapa tahun lalu pasukan itu sudah pun pernah menghadapi masalah gaji yang dianggap sangat teruk suatu ketika di pentas Liga M.

Namun, isu tersebut dianggap semakin selesai selepas tampuk pengurusan tertinggi sudah pun bertukar tangan dan beberapa perubahan positif mula dirasai peminat.

Namun, siapa sangka isu tersebut kini kembali berbangkit dengan bekas Penganalisa Prestasi Perak iaitu Muhammad Azim membuat satu luahan di media sosial Facebook semalam.

“Tunggakan gaji yang belum diselesaikan sepenuhnya. Bincangkan,” jelas beliau di Facebook dan mula menimbulkan beberapa persoalan mengenai status beliau bersama pasukan itu.

Selang sejam kemudian, Azim sekali lagi membangkitkan isu berkenaan dengan kali ini beliau turut menyebut nama Perak untuk menyelesaikan tunggakan gaji beliau.

“Hai Perak Football Club. Bila nak bayar baki tunggakan gaji saya ya??? Income tax dan kwsp? Saya ada anak dan isteri untuk di tanggung, ada komitmen yang perlu di bayar.

“Nak beli susu dan pampers anak ni,” kata beliau dan mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial mengenai nasib dialami oleh Azim.

Beliau yang sebelum ini pernah bertugas untuk Terengganu menjadikan Perak sebagai destinasi baharu selaku penganalisa prestasi pada tahun 2022 dan kini nasib Azim boleh dianggap sangat menyedihkan.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Vocket FC, Perak sebenarnya telah pun menyatakan kepada Azim sebelum itu untuk menyelesaikan isu mengenai KWSP serta cukai pendapatan.

“Sehingga sekarang saya masih belum boleh dapatkan lebihan dari E-filing saya di LHDN dan juga KWSP di akaun fleksibel.

“Daripada makluman saya dapat sebelum saya keluar. Mereka [janji] akan bayar secara ansuran 2 benda tu,” kata beliau menerusi perkongsian Vocket FC.

Kami di Semuanya BOLA berharap supaya kemelut yang melanda antara Azim bersama pengurusan kelab tersebut mampu diselesaikan pada masa hadapan.

Selain Perak, pasukan seperti Kedah Darul Aman (Kedah) juga antara yang mengalami isu tunggakan gaji sehingga ada pemain bertindak untuk boikot daripada sesi latihan.

Kuala Lumpur City (KL City), dan Sabah terdahulu dilaporkan turut tidak terlepas daripada isu tunggakan gaji menerusi perkongsian demi perkongsian dibuat menerusi media sosial.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN