Diego Simeone tidak berjabat tangan dengan Jurgen Klopp selepas menyaksikan Atletico Madrid tewas 3-2 kepada Liverpool dalam perlawanan penuh dramatik di saingan UEFA Champions League pada awal pagi tadi.
Juara La Liga itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Antoine Griezmann dilayangkan kad merah. Atletico turut dirundung malang apabila Liverpool diberikan sepakan penalti selepas Diogo Jota dikasari oleh Mario Hermoso di dalam kotak penalti pada minit ke-78 perlawanan.
Situasi tersebut tidak dibantu oleh sepakan penalti yang pada mulanya diberikan pengadil tetapi ditarik balik selepas semakan VAR dilakukan.
Malam yang penuh kekecewaan itu menyaksikan pengendali dari Argentina, Diego Simone terus meluru ke arah terowong untuk menuju ke bilik persalinan pemain, tanpa berjabat tangan dengan rakan sejawat dari Liverpool, Jurgen Klopp.
Simeone left without shaking Klopp’s hand and Klopp was NOT happy.
They play at Anfield on November 3 🍿
(via @btsportfootball) pic.twitter.com/bICVC9AokQ
— B/R Football (@brfootball) October 19, 2021
Klopp jelas tidak gembira dengan sikap Simone pada ketika itu dan secara sarkastik menunjukkan ibu jari (thumbs-up) apabila Simone terus meluru ke terowong stadium.
Pengurus Liverpool itu bagaimanapun enggan memperbesarkan isu itu ketika ditemuramah wartawan dari Sepanyol, malah mengkritik wartawan yang menampilkan soalan hanya untuk mensensasikan insiden tersebut.
Klopp juga jelas marah dengan dakwaan wartawan dirinya marah kerana Simone enggan berjabat tangan selepas tamat perlawanan.
Diego Simeone didn't mean to offend Jurgen Klopp by not shaking his hand 😕 pic.twitter.com/7JPlXh6EX2
— GOAL (@goal) October 20, 2021
“Kenapa pula saya yang marah? Saya bukannya bodoh untuk anda bertanya soalan sedemikian. Saya langsung tidak marah,” jawab Klopp.
“Lihatlah. Saya boleh bayangkan bagaimana anda akan membuat [spin] cerita berdasarkan apa akan saya katakan. Saya hanya mau berjabat tangan, Simone pula enggan.
“Di dalam situasi tersebut, saya boleh faham mengapa beliau terus masuk [ke bilik persalinan]. Beliau sangat emosi, dan anda bukan orang yang baik kerana mahu membuat cerita mengenai perkara itu.
Beware an angry Klopp 😡
Stan Sport, the Home of UEFA Champions League.#StanSportAU | #UCL | #ATLLIV pic.twitter.com/25zFBuh4uC
— Stan Sport Football (@StanSportFC) October 19, 2021
“Anda menuduh saya marah, bila masa saya marah? Sekarang saya marah kerana soalan yang kamu berikan.”
Apabila wartawan berkata soalan tersebut ditanya kerana melihat Klopp begitu serius, Klopp menjawab; “Yeah, yeah,” dan kemudian terus beredar dari temubual tersebut.
Sebelum ini Klopp pernah berkata beliau tidak berminat dengan corak permainan dan pendekatan dalam perlawanan oleh Atletico Madrid.