Bierhoff Bidas Orang Jerman Yang Mudah Lupa Dan Kritik Polisi Utamakan Kuda Tua

Ramai penyokong Jerman mulai bosan dengan polisi Joachim Low yang terus mengutamakan pemain senior ataupun yang sudah berusia. Mereka berpendapat, Jerman memiliki gedung bakat yang besar – kenapa perlu terlalu bergantung kepada pemain yang sudah berusia ataupun kuda tua?

Jerman balik awal dalam kempen Piala Dunia 2018. Mereka selepas itu bergelut dengan prestasi dan tersingkir awal daripada Liga Negara-Negara Eropah.

Dalam perlawanan menentang Rusia pada Khamis lalu, Joachim Low menurunkan skuad lebih muda – dan hasilnya Jerman menang mudah 3-0. Hal ini membuatkan ramai penyokong Jerman merasakan pemain muda mereka patut diberikan lebih peluang untuk membentuk pasukan generasi baru. Ini untuk menghadapi kempen seperti Euro dan Piala Dunia yang akan datang.

Mereka juga meminta pemain seperti Thomas Muller dan Mats Hummels agar mempertimbangkan untuk bersara – bagi memberikan laluan kepada muka baharu dalam bola sepak Jerman. Salah satu sebab Joachim Low terus menurunkan pemain kuda tua adalah kerana rasa hormat ke atas pemain-pemain senior ini.

Pendapat itu disanggah oleh Pengarah Urusan Pasukan Jerman – Oliver Bierhoff. Menurut beliau, Joachim Low harus mengekalkan prinsip beliau untuk terus memberikan keutamaan kepada pemain senior.

Bierhoff berkata: “Perlawanan menentang Rusia itu adalah ‘trend-setting'[membuatkan isu penggunaan pemain muda jadi popular di bibir peminat].”

Bierhoff kemudiannya menganggap para pengkritik polisi Joachim Low ini mudah lupa akan jasa para pemain senior itu kepada pasukan kebangsaan dan negara Jerman.

“Sudah pastinya kami akan cuba menggunakan pemain terbaik dan dalam prestasi terbaik. Para pemain muda kami sudah mempamerkan kualiti mereka dalam beberapa perlawanan ini – jadi kamu mulai meletakkan ‘pertaruhan’ kepada mereka.”

“Namun begitu, para pemain kita yang berpengalaman sudah terlalu banyak jasa untuk negara dan juga memberikan sumbangan yang sangat positif untuk kelompok [pemain] ini. Jadi, kita masih perlukan mereka.”

Bierhoff meminta agar semua penyokong terus memberikan kepercayaan kepada Joachim Low dan para pemain senior pasukan Jerman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN