Bidas Pemain Sertai Skuad Negara Seperti Percutian, TMJ Tawarkan Diri Pimpin Harimau Malaya

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak JDT hari ini membidas sikap segelintir pemain skuad kebangsaan yang dilihat seperti pergi bercuti pada musim panas setiap kali tugasan antarabangsa.

Dalam erti kata lain TMJ mempersoalkan kesungguhan pemain yang seperti tidak dahagakan kejayaan, walaupun hakikatnya ramai di kalangan pemain yang dipanggil di dalam skuad kebangsaan kali ini adalah dari JDT sendiri.

Prestasi tidak seperti yang diharapkan skuad Harimau Malaya di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai juga mengundang TMJ mengkritik pemilihan pemain yang dinaturalisasikan oleh FAM.

“Pada hari ini pergi menyertai pasukan kebangsaan tidak seperti ada tugasan atau misi lagi bagi sebahagian peain. Ia seperti percutian musim panas. Sistem ini perlu diubah,” titak baginda.

 

“Lepas ni naturalisasi jangan bagi sebarang sebarang. Ia akan dikawal dan dianalisis oeh pasukan teknikal skuad kebangsaan. Sama ada pemain sesuai atau tidak dengan corak permainan kita.”

TMJ juga mengambil contoh apa yang berlaku di JDT dan bagaimana pemain tetap beraksi bermati-matian di atas padang walaupun sebelum ini sudah meraih 17 kejuaraan. TMJ juga dengan terbuka hati menyatakan kesanggupan untuk membantu membentuk skuad kebangsaan sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu berbuat demikian.

“Contoh, selepas 17 piala pemain JDT bermain setiap perlawanan seolah-olah mereka tidak pernah menang apa-apa. Intensity, disiplin dan fokus. Bagaimana?

“Fakta, ia kerana saya. Tahu apa perkara pertama saya lakukan di JDT? Saya kawal semua akses kepada pasukan. Daripada media, wartawan, syarikat, sehingga pemain menggunakan media sosial.

“Total Exclusivity, yang akan membenarkan pemain untuk lebih fokus kepada tugasan mereka.

“Kepada Presiden FAM, benarkan saya untuk mengendalikan pasukan negara. Saya akan berikan pusat latihan terbaik dan jurulatih. Saya tidak boleh menjanjikan kejayaan segera. Tetapi saya boleh janjikan penambahbaikan.”

Menurut TMJ lagi skuad sedia ada sekarang kekurangan kepimpinan, dan ia juga antara perkara yang baginda boleh bantu untuk baiki sekiranya dibenarkan untuk mengurus pasukan kebangsaan.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Harimau Malaya:

Corbin Ong Digantung, Cheng Hoe Akui Benteng Akan Terjejas

“Ayuh Lakukan Demi Coach Tan” – Harimau Malaya Sedia Gempur Vietnam

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN