Tony Pulis Tolak Bidaan £18 Juta Manchester City Untuk Jonny Evans

Satu berita yang paling mengejutkan minggu ini apabila Manchester City dilaporkan membida bekas pemain Manchester United, Jonny Evans.

Evans masih dalam proses untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring ketika ini.

Pulis mengakui ada bidaan dari kelab Inggeris untuk Jonny Evans dan beliau telah menolak bidaan tersebut kerana angka bidaan yang tidak munasabah.

Bidaan tersebut dikatakan bernilai £18 juta dari Manchester City. Pep Guardiola mahu menjadikan Jonny Evans sebagai bek tengah simpanan beliau di Etihad.

Pulis tidak akan melepaskan pemain bek tengah beliau dengan harga yang dilabel beliau tidak cukup ‘menarik’.

Pulis berkata:

“Kami baru sahaja menolak bidaan untuk Jonny. Setiap pemain ada harga dan perlu dibayar dengan harga yang betul.”

“Gilalah kalau pasukan macam West Bromwich tidak mahu menjual pemain jika ditawarkan dengan harga yang tinggi di hadapan anda.”

“Buat masa ini, kami tidak mahu menjual beliau. Kami tidak terlalu terdesak untuk duit kecualilah ia satu tawaran yang benar-benar bagus.”

Pulis menafikan khabar angin mengaitkan West Brom hampir pasti mendapatkan Kevin Wimmer dari Spurs.

“Siapa yang beritahu anda berita ‘semakin hampir ini’? Ia jauh daripada fakta.”

Sumber

Sky Sports – http://www.skysports.com/football/news/11698/10993568/jonny-evans-bid-from-manchester-city-rejected-by-west-brom

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN