Bidaan €100 Juta Dari Arsenal Untuk Mbappe Ditolak Monaco

Arsenal dilapor melancarkan bidaan €100 juta untuk penyerang muda sensasi Kylian Mbappe. Ia antara langkah besar Wenger dalam usaha mengembalikan Arsenal ke era kegemilangan.

Sebelum ini Sanchez dan Ozil dilaporkan masih belum menandatangani sebarang lanjutan kontrak kerana mereka mahu melihat transaksi pemain ke Emirates terlebih dahulu.

Beberapa bulan lalu, Mesut Ozil memberitahu, masa depan beliau bergantung kepada Wenger. Jika Wenger kekal, beliau akan kekal. Itu membuatkan penyokong Arsenal sedikit lega.

Ini kerana Wenger baru melanjutkan kontrak 2 tahun lagi bersama The Gunners.

Berbalik kepada bidaan Mbappe. Monaco buat masa ini mahukan pemain muda itu kekal. Selain daripada bidaan €100 juta oleh Arsenal, bidaan €120 juta dari Real Madrid juga ditolak.

L’Equipe dalam siaran langsung mereka pada Khamis lalu mengesahkan perkara tersebut. Arsenal mahu menjadikan Mbappe sebagai penggempur utama mereka pada musim hadapan.

Mbappe (GETTY)

Arsenal memiliki rekod yang sangat baik dalam pembangunan pemain muda dengan struktur yang mereka miliki.

Ia juga dianggap antara langkah untuk meyakinkan Alexis Sanchez dan Ozil untuk kekal di Emirates musim hadapan meskipun tidak beraksi di UCL.

PSG antara kelab yang dilihat berpotensi mendapatkan Mbappe sekiranya pemain muda itu mahu keluar dari Monaco. Ini kerana Mbappe berasal dari kota Paris.

Pada masa yang sama kelab Paris itu memiliki sumber kewangan yang seperti tak pernah habis.

Manchester City sebelum ini antara kelab yang dikaitkan dengan Mbappe. Namun buat masa ini, Guardiola lebih memikirkan isu pemain tengah dan pertahanan dengan bajet £300 juta di tangan beliau.

Boleh dikatakan pemain ini dikaitkan dengan hampir semua kelab besar di dunia buat masa ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN