Arsenal meneruskan usaha bagi mendapatkan pemain berprofil tinggi untuk dibawa ke Emirates menjelang musim baharu Premier League.
Nama seperti Alexandre Lacazette yang sering dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal kini dikatakan dalam perjalanan untuk menyertai kelab tersebut.
Walaupun dikatakan mempunyai destinasi pilihan iaitu bermain di Atletico Madrid, namun Arsenal tetap cuba mendekati Olympique Lyonnais untuk mendapatkan penyerang tersebut.
Menurut sumber di London, Arsenal dikatakan telah melakukan bidaan rasmi pertama untuk membawa penyerang Perancis itu.
Namun bidaan tersebut dengan mudahnya ditolak oleh kelab Perancis itu.
Akan tetapi, Arsenal dikatakan masih lagi berada dalam proses perbincangan bersama juara Ligue 1 7 kali itu dengan bidaan kedua dijangka akan dilakukan.
Dalam masa yang sama usaha Arsenal untuk dapatkan Thomas Lemar dari AS Monaco juga ditolak.
Sanchez boleh pergi
Dalam perkembangan lain Arsenal barangkali perlu menerima dan melepaskan Alexis Sanchez keluar daripada Arsenal.
Hal ini kerana kelab London tersebut dijangka akan melepaskan Sanchez tetapi dengan 1 syarat.
Syaratnya adalah harga yang ditawarkan perlulah menepati tahap yang dimahukan oleh Arsenal, jika tidak pemain itu tidak akan dijual.
Setakat ini masih tiada lagi bidaan rasmi diterima untuk pemain tersebut.
Walaubagaimanapun Arsenal tetap berharap Sanchez akan kekal di Arsenal dengan menerima tawaran kontrak baharu.
Akan kekalkah Sanchez di Arsenal?
Sumber:
- BBC Sport (2017): Alexandre Lacazette: Arsenal in negotiations to sign French striker from Lyon; http://www.bbc.com/sport/football/40438547