Bibi Ramjani: Tak Perlu Gulingkan Saya, Siapa Nak Jadi Presiden, Sila Datang Atau Bagi Sahaja Nama

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani meminta pihak yang merancang mahu menggulingkan kepimpinan beliau supaya menghentikannya.

Ini kerana menurut Bibi, itu perbuatan yang sia-sia. Sebalikya beliau sedia melihat siapakah calon yang mahu diangkat dan menyerahkan jawatan itu kepada mereka. Dengan syarat mereka mestilah ada kredibiliti.

Bibi Ramjani mahu mereka tampil memberikan nama calon ataupun tampil sendiri berjumpa beliau – mencalonkan diri sendiri – jika mahu menjadi Presiden KAFA.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa ahli gabungan PBJ mahu mengadakan mesyuarat tergempar untuk undi tidak percaya kepada Bibi Ramjani.

FOTO: Kelantan FA

Dipetik daripada Utusan Malaysia, Bibi Ramjani berkata: “Saya bukannya orang politik. Jadi Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) – dan selaku ahli gabungan tidak perlu nak gulingkan (usul undi tidak percaya). Lagipun mandat yang mereka (PBJ) berikan sebelum ini sah sehingga 2021.”

Bibi Ramjani tidak terdesak untuk mempertahankan jawatan beliau di pejabat KAFA itu.

Kelantan kini berhadapan dengan krisis prestasi. Mereka dipotong mata kerana salah laku pengurusan kewangan.

Kini Kelantan bergelut untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Beberapa hari lalu, Bibi Ramjani menegaskan, misi utama pasukan Kelantan musim ini adalah untuk mengelak daripada tersingkir ke liga M3.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN