Bibi Ramjani Sedia Beri Laluan Kepada Ahli Perniagaan Ambil Alih KAFA

Baru-baru ini seorang ahli perniagaan muda, Datuk Seri Amril Aiman Abd Aziz menyatakan minat untuk mengambil alih tampuk pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) daripada presidennya sekarang, Bibi Ramjani Ilias Khan.

Kata Amril Aiman, tujuan utama beliau menawar diri adalah kerana mahu memulihkan semula imej Kelantan yang terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga menjejaskan prestasi, termasuklah tunggakan hutang.

“Saya telah berjumpa de­ngan Bibi Ramjani dan menyatakan hasrat tersebut secara terbuka dalam satu pertemuan di sebuah hotel pada awal bulan ini.

“Dalam pertemuan itu Bibi Ramjani telah mengemukakan syarat iaitu saya perlu membayar balik duit RM5.3 juta. Duit tersebut milik dia dan abang iparnya yang digunakan untuk menguruskan KAFA,” kata Amril Aiman kepada Utusan Malaysia.

Bibi Ramjani turut mengakui telah mengadakan pertemuan dengan Amril Aiman dan bersedia melepaskan jawatannya jika syarat-syaratnya telah dipenuhi.

“Alhamdullillah syukur ada yang berminat untuk menerajui KAFA, dan saya sudah berjumpa dan berbincang, namun kalau berbincang tanpa masukkan dana, takut pisang berbuah dua kali.

“Masa berbincang saya sudah beritahu berhubung masalah kewangan yang dihadapi KAFA, apa yang penting sekarang dana perlu ada sebelum terajui persatuan, kena korban sikit bila mahu jadi pemimpin terutamanya dalam bola sepak,” katanya.

Bibi Ramjani berkata beliau turut berbesar hati atas kesudian ahli perniagaan itu tampil menyuarakan hasrat berkenaan.

“Saya harap perkara ini tidak hanya cakap kosong, kerana masalah KAFA tidak selesai dengan cakap sahaja, kerana sebelum ini saya memulakan menjadi presiden membawa dana RM 1.5 juta bagi menyelesaikan masalah terutamanya tunggakan gaji.

“Saya harap beliau (Amril Aiman) sudah bersedia dengan apa yang sudah diberitahu, dan saya sedia berikan kerjasama, beritahu mana yang penting untuk perjalanan kewangan pasukan,” katanya.

Amril yang merupakan anak jati Kota Bharu itu, bukan sahaja mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh, malah berpengalaman luas dalam bola sepak dan pernah menjadi pengurus skuad Belia Kelantan pada 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN