Bibi Ramjani Sahkan Gomis Digugurkan Daripada Skuad Kelantan Kerana Kecederaan

Meskipun digugurkan pada pintu perpindahan pertama Liga Malaysia (Liga-M) yang berakhir pada 11 Februari lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan pemain import tengah pasukan itu, Morgaro Gomis akan dimasukkan pada jendela perpindahan kedua jika sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami.

Keputusan ujian Pengimejan Resonan Magnetik (MRI) ke atas Gomis mengesahkan dia mengalami kecederaan dan terpaksa digugurkan sebelum pintu perpindahan pertama ditutup. Tempat Gomis digantikan oleh penyerang import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar.

“Ya, keputusan MRI itu menunjukkan ada sedikit koyakkan kecil tahap dua di paha yang memerlukan Gomis berehat untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga minggu.

“Walaupun namanya dikeluarkan sebelum pendaftaran pertama itu ditutup namun dia masih kekal dalam perancangan pasukan ini,” katanya Bibi Ramjani kepada Sinar Harian.

Pasukan Kelantan giat menjalani latihan bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim 2018. FOTO: TRWFC

Bibi turut mendedahkan, pemain import yang berusia 33 tahun itu memiliki semangat kental mahu beraksi sekalipun dibelenggu masalah kecederaan, sejak sebulan lalu.

“Gomis ni kuat, sakit pun masih nak main lagi. Sebenarnya sebelum aksi persahabatan menentang Buriram United lagi dia sudah cedera dan sebab itu tidak dapat diturunkan.

“Kafa tak mahu ambil risiko kerana takut kecederaan itu makin teruk. Malah dia sendiri tahu keputusan MRI itu memerlukannya berehat dan kita sebolehnya mahu dia pulih sepenuhnya walaupun ambil masa panjang,” katanya.

Prestasi dua lagi pemain import Kelantan iaitu Bruno Lopes dan Do Dong-hyun  akan dinilaikan untuk membuktikan kemampuan mereka atau bakal ditukar pada jendela perpindahan kedua nanti jika mereka mempamerkan prestasi yang kurang memuaskan.

“Kita akan nilai dua pemain itu kerana kuota import hanya membenarkan sesebuah pasukan mendaftarkan lima (pemain) sahaja dan mereka perlu menyumbang sesuatu untuk Kelantan dalam tempoh tiga bulan ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN