Bibi Ramjani Percaya Dengan Pemain Muda Selepas Aksi Di Paroi

Kelantan mengikat Negeri Sembilan pada masa kecederaan. Kelantan ketinggalan pada awal perlawanan namun menyamakan kedudukan menerusi Nik Akif sebelum wisel penamat.

Dalam aksi di Negeri Sembilan, Kelantan hanya menurunkan 3 pemain import iaitu Casio, Mohamed Ghaddar dan Do Dong Hyun. Kelantan menurunkan ramai pemain muda dalam perlawanan ini.

Ianya juga merupakan debut Fajr Ibrahim bersama dengan Kelantan setelah menerima jawatan itu beberapa minggu lalu.

Fajr Ibrahim mengendalikan sesi latihan pasukan Kelantan sejak beberapa hari lepas. FOTO: KAFA

Sebaik sahaja tamat perlawanan, Presiden KAFA menyatakan keyakinan beliau kepada pemain-pemain muda yang ada. Kelantan telah melakukan rombakan besar sebelum separuh musim dengan beberapa pemain import dan pemain berpengalaman dilepaskan dengan banyak sebab.

Puan Presiden berkata dalam facebook beliau semalam:

“Perlawanan dengan Negeri Sembilan menyaksikan 3 import diturunkan.”

“Negeri Sembilan pula bermain dengan 5 import.”

“Apa pun keyakinan pemain muda dlm pasukan Kelantan FA tidak mustahil untuk kejayaan kepada Kelantan FA. Inshaa Allah.”

Kelantan masih banyak kerja untuk dilakukan untuk keluar daripada zon penyingkiran. Adakah Kelantan akan menggunakan jendela pertengahan musim ini dengan membawa pemain import baru?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN