Quantcast

LIGA MALAYSIA

Bibi Ramjani Dakwa Ada Pihak Mahu Lagakan Pemain Dan Pengurusan Kelantan FA

Rentetan tersiarnya dakwaan terdapat cubaan dan di kalangan pemain Kelantan dan seorang individu bergelar ‘Datuk’ yang cuba melakukan pakatan untuk memusnahkan impian pasukan itu untuk kekal di dalam pertandingan Liga Super pada musim, hari ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tampil membuat penjelasan.

Bibi Ramjani Ilyas Khan yang dilantik sebagai presiden wanita pertama KAFA dalam kongres persatuan itu September lalu menjelaskan perkara sebenar selepas dihubungi oleh wartawan mStar Online pada hari ini.

 

Bibi menjelaskan bahawa terdapat salah faham sehingga keluarnya laporan terdapatnya konspirasi di kalangan pemain Kelantan ketika ini.

Ini kenyataan Bibi Ramjani berkaitan dakwaan konspirasi tersebut sebagaimana yang dipetik daripada mStar Online pada hari ini:

“Saya rasa berlaku salah faham di sini. Sebenarnya exco ini (Datuk) telah pun meminta persetujuan saya untuk bertemu pemain bagi bertanyakan mengenai masalah mereka.

“Kebetulan pada tarikh pertemuan itu, saya tak dapat hadir kerana ada janji temu lain berkaitan bangunan Kafa. Tahu-tahu keluar cerita sebegini” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun Bibi Ramjani tidak mahu menafikan dakwaan tersebut sengaja dicetuskan oleh sesetengah pihak yang mahu melihat Kelantan jatuh dengan mengeruhkan hubungan antara pemain dan pihak pengurusan KAFA yang dipimpin oleh beliau.

Bibi turut memaklumkan bahawa beliau sedia maklum akan perjumpaan tersebut, namun tidak dapat menghadirinya. Malah beliau sendiri meminta agar pertemuan tersebut diteruskan tanpa memerlukan kehadirannya.

Photo by Safwan Rozi / www.asiana.my.

“Saya pun tak faham apa tujuan individu tersebut. Mungkin dia cuba nak cetuskan suasana tegang antara exco dengan pemain dan juga jurulatih.”

“Perjumpaan itu sebenarnya dibawah pengetahuan saya. Malah saya yang minta mereka uruskan dulu perjumpaan tersebut.” jelas Bibi Ramjani lagi.

Mengulas lebih lanjut, Presiden KAFA itu menjelaskan bahawa beliau perlu menghadiri pertemuan dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) berkaitan bangunan KAFA yang berada di bawah kuasa agensi tersebut.

“Apabila tukar pengurusan baharu saya buat kunjungan ke KADA untuk meminta pejabat tersebut dapat digunakan oleh KAFA bagi meneruskan operasi seperti sebelumnya,” katanya.

Namun Bibi Ramjani turut memberitahu bahawa beiau tidak terkejut dengan laporan sedemikian, walaupun tidak menjangka ia akan diputar belit sehingga sedemikian rupa.

“Tak terkejut tapi macam mana boleh spin macam ni. (Boleh) Tambah teruk sangat. Saya tak nafi wujud konspirasi dalam mana-mana sukan tapi mungkin bukan di kalangan mereka (pemain Kelantan).”

“Biasalah dunia bola sepak, tak kenal maka tak cinta. Kita kena hadapi dengan rasional apabila berdepan situasi sebegini,” luahnya kecewa.

Mengenai pertemuan yang diadakan kehadiran beliau, Bibi turut mengesahkan sudah bertemu dengan pemain dan exco yang terlibat untuk mengetahui intipati dan butiran pertemuan untuk tindakan selanjutnya.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!