Bibi Ramjani Nafi KAFA Bersikap Tidak Professional

Bibi

Kelmarin ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail menyelar sikap segelintir persatuan dan kelab bola sepak yang tidak profesional dalam menamatkan kontrak pemain tanpa surat rasmi.

Beliau mengulas mengenai isu pemain tengah Kelantan, S. Veenod yang tidak teragak-agak mengheret Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) ke muka pengadilan jika penggugurannya itu dilakukan secara tak profesional.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan tampil menjelaskan beberapa isu dihadapi sekarang ini tidak boleh dianggap sebagai kelemahan kerana ia adalah proses transformasi pasukan.

Katanya, isu menamatkan beberapa kontrak pemain sudah dilakukan dengan perbincangan bersama pemain.

“Ayat tidak ‘profesional’ ini tidak sepatutnya diguna pakai kepada pengurusan KAFA yang mana kami juga ada cara tersendiri dalam mengendalikan pasukan.

“Cuma apa yang berlaku sebelum ini membabitkan individu tertentu saja dan yang sepatutnya perlu dirujuk kepada KAFA dahulu sebelum membuat kenyataan.

“Sebelum ini pun kita pernah tamatkan kontrak beberapa pemain atas persetujuan bersama termasuk tuntutan mereka pun kami tunaikan melalui perbincangan.

“Seperti contoh, pemain import Indonesia Ferdinand Sinaga. Kami membayar gaji untuk Mac saja seperti mana dipersetujui olehnya dan tiada tuntutan pun dibuat kerana dia memahami kontraknya,” katanya.

Bibi Ramjani turut menjelaskan pihaknya sudah belajar daripada kesilapan lalu dan sesekali tidak akan mengulanginya biarpun masih terdapat beberapa kelemahan.

“Kalau hutang pengurusan dulu pun kami masih tolong bayarkan, tak kan kami nak buat hutang baharu tanpa sebab.

“Kami belajar dari kesilapan dulu walaupun masih baharu dalam persatuan ini dan belum cukup lagi untuk capai kesempurnaan,” katanya.

Mengulas mengenai isu penamatan kontrak S Veenod, Bibi Ramjani memberitahu pihaknya belum menamatkan kontrak pemain terbabit dan akan membuat perbincangan selanjutnya.

“Ada beberapa pemain yang diumumkan untuk digugurkan termasuk Veenod. Kontrak mereka belum dibatalkan lagi cuma akan dipanggil semula untuk berbincang,” katanya.

Beliau juga tidak menolak akan berunding dengan dua lagi pemain senior pasukan untuk ditamatkan kontrak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN