Bibi Ramjani Mahu Penyokong Kelantan Bertenang Dan Tidak Cepat Melatah

Kekalahan mengejut 0-1 Kelantan kepada Selangor United dalam aksi Liga sulung Liga Premier di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam telah mengundang pelbagai kecaman dan kritikan daripada penyokong mereka.

Walaupun skuad The Red Warriors membuka kempen musim ini dengan langkah kiri, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Illias Khan menganggap kekalahan tersebut tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan pasukannya kerana pemainnya masih tidak biasa beraksi pada waktu petang.

“Buat masa sekarang kita tidak boleh menilai perlawanan tadi (semalam) sebabnya mungkin pemain tidak biasa bermain pada waktu petang.

“Saya fikir mereka kena biasakan diri sebab selepas ini akan banyak bermain petang. Saya tengok keserasian dalam kalangan pemain terutama (Raul) Tarragona masih belum dibentuk dengan baik.

“Jujurnya memang saya menaruh harapan tinggi untuk memenangi perlawanan ini namun saya lihat banyak kesilapan berlaku, tidak kiralah kecil atau besar kesilapan itu.

“Kita kena menang perlawanan selepas ini,” katanya dalam Utusan Malaysia.

Barisan pemain Kelantan untuk musim 2019. FOTO: KAFA

Jaringan tunggal daripada pemain import dari Uzbekistan, Nikita Pavlenko telah memastikan pendatang baharu Liga Premier, Selangor United mengutip 3 mata penuh dalam perlawanan pertamanya.

Bibi turut me­negaskan beliau tidak berasa kecewa setelah terpaksa melihat pasukannya tewas di tangan pendatang baharu cuma berharap ia tidak berulang lagi.

“Nak kata kecewa itu tidaklah sebabnya kami sudah biasa dengan kekalahan, tetapi saya mahu ingatkan pemain jangan hampakan penyokong.

“Jangan tamak bola sebab apabila bermain dalam pasukan kita boleh nampak sesetengah pemain tidak mahu membuat hantaran bola kepada rakan sepasukan,” katanya lagi.

Bibi turut memberitahu ketiadaan ketua jurulatih, Marko Kraljevic ketika pasukannya beraksi adalah disebabkan bekas penyerang Kelantan musim 1991-1194 itu masih belum menerima permit kerja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN