Bibi Ramjani Jelaskan Isu Rombakan Drastik, Hutang Luar Jangkaan, Situasi Veenod Dan Surat FIFA

Bibi

Kelantan telah melakukan rombakan drastik untuk pasukan mereka sebelum jendela perpindahan separuh musim. Ada beberapa pemain tidak berpuas hati dan semalam kami ada berkongsi berita S. Veenod mahu mendakwa KAFA ke pengadilan jika tidak mendapat penjelasan situasi kontrak beliau.

Sebentar tadi, Presiden KAFA, Bibi Ramjani menggunakan akaun facebook beliau untuk menjelaskan beberapa situasi yang dihadapi pengurusan Kelantan.

Rombakan dan situasi S. Veenod

“Setelah 6 bulan menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan. Kebetulan kerja dah ok semua.”

“Saya ingin nyatakan kenapa ramai antara pemain yang digugurkan dengan setakat ini persetujuan bersama melainkan Veenod yang saya hubungi sebelum ke China untuk berjumpam tetapi dia masih bercuti di Pulau Pinang.”

Kenapa rombakan drastik?

Bibi Ramjani menegaskan rombakan terpaksa dibuat kerana mereka terpaksa mengurangkan kos operasi pasukan. Ianya seolah-olah menunjukkan KAFA sebelum ini tidak menjangka beberapa isu ‘luar biasa’ akan melanda mereka.

Dalam perancangan pra musim mereka, KAFA menjangkakan mereka sudah mengetahui angka hutang yang harus mereka selesaikan dan berusaha menguruskan dana yang ada bagi pengurusan pasukan.

Namun Bibi Ramjani mengakui pihak pengurusan beliau dikejutkan dengan beberapa bil hutang lama, tuntutan mengejut bekas pemain dan ada yang melalui FIFA.

Bibi Ramjani juga menyatakan yang beliau agak terkejut dengan beberapa pihak datang ke rumah untuk menuntut hutang. Dan beliau sentiasa cuba mencari penyelesaian.

“Faktor utama ialah bila waktu pendaftaran pasukan 2018, tekanan untuk menjelaskan beban hutang lama terlalu banyak sehingga ada yang sanggup ke rumah saya untuk menuntut sewa rumah tertunggak sebelum saya mengambil alih.”

“Satu kejutan budaya bila berlaku tuntutan di luar jangka sehingga rasa maruah diri hilang yang mana sebelum ini perkara pokok dalam perniagaan saya mesti segera pembayaran mana mana bil yang terima.”

“Tuntutan FIFA bertali arus, tuntutan para bekas pemain,yang dlu tak pernah menuntut tiba tiba datang menuntut daripada pengurusan baru.”

“Hukum dunia hutang persatuan mesti dibayar oleh kepimpinan yang baru hanya hukum akhirat hanya Allah sahaja yang tahu.”

“Bila sewaktu pemilihan pemain untuk membentuk pasukan bukan tak nak libatkan exco tetapi bantuan kewangan sahaja diperlukan waktu kesukaran dan mungkin kurang pengalaman mereka berhadapan dgn beberapa kesilapan yang mana pengurusan pemain dibentuk.”

Penilaian prestasi pemain

“Kontrak dengan bayaran gaji yang bila saya kaji dengan prestasi tidak seimbang dengan mutu persembahan yang ada dan lebihan pemain yang menyebabkan saya ambil keputusan untuk mengurus sepenuhnya rombakan pemain sedia ada dengan membuat perancangan terus dengan saya sahaja.”

Tekanan daripada media sosial

Tidak dapat dinafikan, zaman hari ini, media sosial menjadi alat perhubungan yang kuat. Dan cabaran itu dirasakan oleh Bibi Ramjani.

“Jadi apabila kita tidak mampu memiliki lebih baik kita melepaskan. Dan ada sesetengah komen yangg memang dirancang untuk kenakan saya menjadi viral memang diketahui dari awal lagi.”

“Dan ada yang meminta saya supaya jangan layan.”

“Sebenarnya saya dapat ketenangan bila saya dapat menjadikan diri saya bila berada dalam keadaan melawan arus.”

“Saya tidak perlukan fake account sebab saya tidak takut berhadapan dengan sesiapa sahaja selagi saya berada di pihak benar.”

Bibi Ramjani tetap berpegang kepada misi dan visi utama beliau sebelum ini dan mengakhiri kenyataan beliau dengan:

“Hanya (mahu) pastikan Kelantan FA bangkit, nawaitu saya sampai akhir.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN