Bibi Ramjani Jawab Isu Pertukaran Gelaran TRW, Prestasi Hambar, Gaji Dan Warna Stadium

Bibi Ramjani Ilias Khan sebelum ini dilaporkan mahu menukar gelaran The Red Warriors (TRW). Ia telah mendapat perhatian ramai pihak terutama sekali penyokong bola sepak Kelantan.

Fokus kepada perkara penting dahulu

Namun begitu, beliau memohon agar penyokong bertenang serta tidak perlu memikirkan benda seperti itu yang dianggap bukan penting buat masa ini.

Buat masa ini beliau merasakan adalah lebih penting untuk penyokong fokus kepada perlawanan menentang PKNS  di Stadium Sultan Muhammad IV selepas ini.

Beliau menyeru agar penyokong TRW memenuhi Stadium Sultan Muhammad IV. Isu gelaran TRW itu bukan isu penting buat masa ini. Sebaliknya beliau lebih memfokuskan isu permasalahan di dalam pasukan.

Bibi Ramjani sudah bertemu dengan pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail untuk membincangkan beberapa isu dan cuba mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Dipetik dari sumber Mstar Online, beliau berkata:

“Tak perlu persoal dalam waktu begini. Tak ke arah itu lagi. Saya hanya minta penonton supaya datang ke stadium memberi sokongan kepada pemain agar mereka dapat bermain dengan lebih mantap dan menang di tempat sendiri.”

“Sekurang-kurangnya dengan kehadiran penyokong, mereka boleh menilai sendiri (mengenai cadangan itu). Kita kena fokus perlawanan Rabu depan dengan meraih kemenangan agar pasukan tidak turun liga.”

Isu tunggakan gaji

Bibi Ramjani sudah menyemak status gaji pemain dan menyatakan yang isu tunggakan gaji bukan alasan di atas kemerosotan aksi pasukan Kelantan.

Beliau mendapati faktor utama kemerosotan skuad TRW adalah selepas penjualan Muhammad Ghaddar. Ghaddar menjadi nadi pemain penting pasukan Kelantan sebelum ini.

Pemergian Ghaddar memberikan impak besar dan tidak mampu digantikan buat masa ini.

Kelantan player Mohamad Ghaddar celebrate goal during Malaysia Super League between Pulau Pinang vs Kelantan on 15 April 2017 at Stadium Batu Kawan Pualau Pinang. Photo by Mohd Zureehan Zakaria/www.asiana.my

“Saya dah tengok sendiri rekod (Kafa), bulan Julai tak banyak pemain belum terima gaji cuma tunggakan membabitkan bulan Ogos sahaja. Sebelum ini tak pernah tertunggak pun.”

“Bagi saya pemain tak boleh salahkan gaji kalau prestasi dia jatuh. Berdasarkan pemerhatian saya, prestasi mereka jatuh sejak Kelantan jual Mohammed Ghaddar ke JDT, mungkin pemain import masih belum serasi.”

Merahkan kembali Stadium Muhammad IV

Beliau mendengar cadangan daripada penyokong yang mahukan stadium dimerahkan semula selepas sebelum ini dicat warna merah jambu.

Namun begitu Bibi Ramjani tidak meletakkan isu itu di dalam senarai semak utama beliau buat masa ini.

Beliau menyatakan ia adalah isu di bawah perbadanan stadium di bawah kerajaan negeri Kelantan dan KAFA tidak ada kuasa untuk itu.

Namun jika perbadanan stadium membenarkan mereka menukar warna, beliau berjanji akan segera mencari penaja untuk berbuat demikian.

Bibi Ramjani baru menduduki kerusi kepimpinan KAFA dan beliau sedang sibuk merencana program dan usaha untuk memperbaiki prestasi serta persediaan untuk musim baru pasukan Kelantan.

Beliau juga sebelum ini bertemu dengan pemilik JDT iaitu TMJ untuk mengambil sedikit ilmu dan perkongsian daripada baginda.

Diharap agar Bibi Ramjani sukses dalam usaha beliau membantu bola sepak Kelantan.

Rujukan

MStar Online – http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/09/22/jangan-persoal-trw/#OIcUplf5ImA0KjZW.99

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN