Pemain tonggak serangan Terengganu, Faisal Halim akui tiada dendam yang tersimpan antara beliau dan pemain tengah berpengaruh, Safiq Rahim dan kedua mereka cukup profesional selaku pemain bola sepak negara yang kini bersama di kem latihan pusat sejak minggu lalu.
Sebelum itu, insiden kedua pemain ini mula tercetus sewaktu aksi separuh akhir Piala Malaysia musim lalu apabila kepala Faisal dihantuk oleh Safiq sehingga mengakibatkan layangan kad merah buat pemain Johor Darul Takzim itu.
Pada perlawanan tersebut juga menyaksikan JDT berjaya melangkah ke final setelah menewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim untuk bertemu Kuala Lumpur Cituy sebelum mereka tewas di tangan pasukan tersebut dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Namun kini segalanya sudah menjadi kenangan apabila kedua pemain ini saling bantu membantu dalam sesi latihan sebelum bersama untuk memberi aksi di Singapura bagi perlawanan persahabatan antarabangsa.
Menurut pemain dari Pulau Pinang itu, beliau jelas tidak menyimpan apa-apa dalam hati mengenai insiden tersebut dan amat menghormati Safiq selaku pemain senior dalam skuad kebangsaan.
Tambah Faisal, tonggak tengah JDT itu juga merupakan seorang yang sangat baik hati dan gemar membantu rakan sepasukan lain untuk meningkatkan kualiti permainan.
“Saya dengan Safiq Rahim tak ada masalah apa. Saya bermain dalam satu pasukan kadang-kadang saya main sebelah kanan dan dia pun ada main di tengah dalam satu pasukan.
“Bila saya minta bola dia tetap bagi pada saya, jadi Safiq sebenarnya orang yang baik cuma biasalah orang tua dia suka marah-marah sikit.
“Sebenarnya bagi saya Safiq profesional, saya pun tak ada nak bawakan kes yang lepas nak bawa ke sini (kem latihan pasukan kebangsaan) nak dendam ke apa, tak adalah. Kira dia OK, saya pun Ok,” katanya ketika ditemui pada sesi latiha sebelah pagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini menerusi Harian Metro.
Skuad Harimau Malaya bakal bertemu Filipina pada hari Rabu ini dan pasukan negara sedang sibuk mempersiapkan diri dengan latihan bawah kendalian jurulatih baharu mereka Kim Pan Gon.
Setelah itu, mereka bakal bertemu pasukan tuan rumah, Singapura pada hari Sabtu sebelum aksi terakhir menentang pasukan tempatan, Albirex Niigata pada dua hari kemudian di Singapura.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!