Insiden pergaduhan membabitkan saingan bola sepak amatur bukan lagi satu perkara baharu dengan saban tahun ianya sering kedengaran menerusi media sosial.
Terbaharu, satu lagi insiden pergaduhan agak besar berlaku di mana ia situasi tersebut berlaku dalam saingan Liga Amatur di Terengganu menerusi perkongsian di media sosial.
Perkongsian tersebut dibuat oleh Piang Shankly itu menyaksikan ada satu pergaduhan besar di padang berlaku dengan membabitkan sesama pasukan sehingga turut menyebabkan bapa salah seorang pemain turut mengalami kecederaan.
Menerusi perkongsian foto dibuat, jelas kepala mangsa yang dilihat agak berusia itu mengalami kecederaan sangat parah dan terpaksa dibalut untuk mengelakkan pendarahan lebih teruk berlaku.
Walaupun begitu, sehingga kini tidak dinyatakan siapa dan berapa orang terlibat telah memukul kepala lelaki berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan parah berlaku.
Menerusi ruangan komen di media sosial X milik Piang Shankly, jelas netizen tidak berpuas hati dengan insiden berkenaan yang dianggap sangat memalukan orang ramai.
“Bola sepak ni eloklah kalau diharamkan terus. Makin berpecah belah masyarakat sebab bola sebiji, taksub pasukan sampai hilang waras. Ramai yang jenis panas baran dalam sukan ni,” kata Pumpy Umpy Umpkin
“liga kampung bodoh pun beria pukul-pukul orang. Bukan hadiah 50 juta pun. Acah-acah,” jelas Pak Mus.
“Provokasi kuat sangat rasanya ni. Bukan pemain yang kena pukul tapi ayah pemain. Selalu kalau penonton yang kena pukul dengan pemain mesti sebab provokasi,” Wafiy Ali.
“Kalau ada anak lelaki kalau dia minat bola elok hantar muay thai ke silat ke TTS ke sekali. mmg bergaduh je sial koyak main bola. Bukan menang dapat duit ribu riban,” ujar Syazwan Saripudin.
“Haramkan aje bolasepak kat Malaysia ni. Sana gaduh, sini gaduh. Main tak sebeghapa pun,” komen Pakman mengenai situasi berkenaan.
“Yang penting satu kepala kena bayar RM35-40. Tiap minggu main keluar duit hanya untuk friendly kosong dan pecah kepala. Hahaha,” jelas Niel pula.
Apapun, insiden tersebut jelas perlu diambil tindakan keras terutama sekali membabitkan pelaku tersebut yang menyebabkan ada individu mengalami kecederaan parah.
Kami di Semuanya BOLA berharap supaya kecederaan dialami lelaki berkenaan kembali sembuh dan ada laporan polis dibuat untuk tindakan undang-undang.