Ketika ramai penyokong Selangor gembira meraih kemenangan mereka layak ke pentas akhir Piala Malaysia selepas membenam Terengganu 3-2 secara agregat di separuh akhir malam tadi, ada insiden duka menimpa.
Pihak pengurusan dan para pemain menghadapi detik cemas selepas ada segelintir penyokong tuan rumah bertindak agresif terhadap bas yang membawa mereka semalam.
Selangor dalam perjalanan pulang telah menerima provokasi yang tidak sepatutnya berlaku dari penyokong tuan rumah.
Mungkin tidak dapat menerima kekalahan tersebut, mereka bertindak dengan membaling objek keras ke arah bas sehingga ada cermin pecah akibat perbuatan yang kurang bijak itu.
Lebih menakutkan apabila batu besar yang dilontar tembus ke dalam bas tersebut dan hampir memberi kecederaan parah kepada pemain dan mereka yang ada di dalam bas tersebut.
Jika terjadi kecederaan dalam kemalangan itu, pasti ia akan jadi lebih parah dan akan menyusahkan banyak pihak.
Sementara bagi penyokong dari Sang Penyu pula pasti akan melepaskan tangan begitu sahaja.
Tindakan pemandu bas tidak berhenti ketika diserang juga harus diberi dipujian kerana jika mereka berhenti, kemungkinan besar kejadian lebih buruk akan berlaku.
Piala Malaysia: Jaringan Tunggal Kipre Gagal Bantu Terengganu Untuk Mara Ke Final
Bukan hanya batu besar, kon penghalang jalan antara objek dijadikan tempat amarah kepada pemain Selangor ini.
Video yang dikongsi di media sosial, boleh dilihat begitu ramai menanti peluang untuk mereka menunjukkan perasaan tidak puas hati tersebut.
Ini bukan pertama kali penyokong Terengganu yang terkenal dengan sifat ramah mesra sesama manusia bertindak seperti itu, mereka pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 2015.
Selepas tersingkir di separuh akhir Piala FA kepada Lions XII, sebilangan penonton bertindak membakar ambulan dan cermin bas yang membawa pasukan Singapura itu turut pecah.
Sepatutnya perkara tersebut tidak terjadi dan apatah lagi di negeri Terengganu kerana penonton harus menerima keputusan perlawanan dengan hati terbuka.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam, Terengganu berjaya mencatat kemenangan 1-0 dalam perlawanan kedua.
Namun jaringan tunggal ketua pasukan mereka, Kipre Tchetche tidak cukup untuk menghalang skuad bimbingan Tan Cheng Hoe meneruskan kemaraan untuk bertemu Johor Darul Ta’zim.