“Bertindak Ganas Kena Hukumlah” – Park Hang-seo Hairan Kenapa Penalti Vietnam Dipertikai

Park Hang-seo Malaysia

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo memberi gambaran bahawa tiada sebab untuk Malaysia mempersoalkan sepakan penalti kepada pasukannya ketika aksi Piala AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional My Dinh pada Selasa.

Pertikaian tersebut timbul selepas pengadil utama perlawanan dari Jepun, Ryuji Sato membuat keputusan untuk memberikan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah susulan ‘pergelutan’ Azam Azmi Murad dan Doan Van Hau yang berlaku di luar padang.

Sato kemudian turut melayangkan kad merah kepada Azam selepas merujuk kepada penjaga garisan yang mendakwa terdapat kekasaran yang dibuat oleh pemain pertahanan Malaysia tersebut.

“Bola sepak adalah sukan di mana pemain perlu lakukan apa sahaja untuk menang,” ujar jurulatih warga Korea Selatan tersebut dalam sidang media selepas perlawanan.

“Tapi bola sepak juga mempunyai peraturan yang kamu tidak boleh bertindak ganas semasa perlawanan. Jika peraturan dilanggar, anda akan dihukum,”

Park Hang-seo juga turut mengulas mengenai kad merah yang diterima oleh Nguyen Van Toan  seawal minit ke-32 selepas mengutip kad kuning kedua susulan kekasarannya ke atas Dominic Tan.

“Saya mahu memohon maaf kerana insiden tersebut dan saya tahu dia (Van Toan) bukanlah sengaja melakukan kekasaran dalam situasi tersebut dan berjanji ia tak akan berlaku lagi,” ujarnya lagi.

“Selepas kekurangan pemain, saya dan jurulatih lain terpaksa melakukan sedikit pelarasan dengan menumpukan pertahanan di beberapa kawasan dan kami hanya gunakan sorang pemain saya sahaja, manakalah seorang lagi akan turun lebih rendah untuk membantu pertahanan.”

Pengendali berusia 65 tahun tersebut mengakui beliau amat gembira dengan kemenangan yang diraih walaupun menghadapi banyak kesukaran terutamanya pada separuh masa pertama perlawanan.

“Kami telah buktikan pengalaman dan keupayaan kami untuk menghadapinya,” tambahnya lagi.

“Sebelum perlawanan saya telah berpesan kepada pemain, dapatkan kemenangan untuk pengakhiran tahun 2022 dan jadikan ia hadiah buat semua penonton dan penyokong. Jadi saya berterima kasih kepada semua pemain kerana mengotakan janji mereka.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN