Nilai semasa di pasaran untuk Chelsea kini telah ditetapkan pada USD2.1 billion (RM8.8 billion). Nilai tersebut mulai menjadi perhatian ramai pelabur sejak kelberpotensi untuk dijual.
Juara dunia dan eropah itu kini berada di dalam tekanan untuk bertukar hak milik selepas pencerobohan tentera Rusia di Ukraine.
Pemiliknya, Roman Abramovich turut menjadi tajuk perbincangan di dalam parlimen pada minggu lalu. Wakil dari Parti Buruh, Chris Bryant mengusulkan agar jutawan minyak Rusia itu dilucutkan pemilikannya di Chelsea.
Usul tersebut dilakukan selepas sebuah dokumen pada 2019 menjelaskan penglibatan Abramovich bersama kerajaan Rusia dan aktiviti ‘korup’ yang dilakukannya. Britain seperti yang ramai ketahui akan memberikan sepenuh tekanan kepada Rusia dan proksi yang mempunyai kaitan dengan Vladimir Putin.
Cubaan selamatkan diri
Mahu menyelamatkan kedudukan dan asetnya di UK, Abramovich seperti dijangka menafikan hubungan rapat beliau bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin. Namun ia tidak pernah cukup untuk meyakinkan pihak berkepentingan, termasuk di kalangan komuniti bola sepak.
Malah penglibatan Abramovich secara langsung dengan rejim Putin turut menjadi kebimbangan dan hangat dibicarakan di dalam kem Chelsea sendiri menjelang perlawanan akhir Piala Carabao menentang Liverpool pada hujung minggu lalu.
🚨🚨 BREAKING: Roman Abramovich has released this statement.
He’s handing over stewardship of the club to trustees of Chelsea’s charitable foundation.
(Source: @ChelseaFC) pic.twitter.com/B0glqkeOUK
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) February 26, 2022
Abramovich sedar akan perkara itu. Menjual Chelsea adalah langkah terakhir. Maka langkah selamat ialah untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti kelab, atau dalam erti kata lain ‘ghaib’ daripada Chelsea.
Untuk itu segala urusan dan keputusan pengurusan diserahkan kepada Yayasan Chelsea yang terdiri daripada enam anggota – ibarat sebuah lembaga pengarah yang akan memimpin kelab.
Harapan Abramovich ialah supaya ketegangan mengenai kaitan beliau dengan kelab dan hubungan beliau bersama Putin boleh dikendurkan – atau dilupakan terus oleh pihak yang memberikan tekanan.
Tidak menjadi kenyataan
Perkara tersebut bagaimana pun tidak menjadi kenyataan apabila tidak semua daripada anggota Yayasan Chelsea sendiri enggan berkompromi dengan idea Abramovich.
Bruce Buck, Emma Hayes, John Devine, Paul Ramos, Piara Powar dan Sir Hugh Robertson adalah enam anggota Yayasan Chelsea tersebut, dan sekurang-kurangnya dua daripada mereka dilaporkan mahu meletak jawatan kerana enggan menjadi entiti persembunyian Abramovich.
Roman Abramovich will receive bids to buy Chelsea this week and will consider selling the club for the first time since becoming owner in 2003, per @Matt_Law_DT pic.twitter.com/wcfxTYrYOd
— B/R Football (@brfootball) March 1, 2022
Perbincangan lanjut dilaporkan masih diteruskan sehingga hujung minggu ini, dan kemungkinan besar tidak semua daripada anggota-anggota di atas akan bersetuju untuk mengambil alih Chelsea daripada Abramovich.
Dan jika perbincangan tersebut juga gagal, maka tidak hairanlah jika Abramovich sanggup menjual sahaja kelab tersebut. Ini dibuktikan dengan pendedahan Jutawan Switzerland, Hansjorg Wyss baru-baru ini.
Wyss bersama beberapa lagi rakan perniagaannya baru-baru ini telah ditawarkan oleh pemilik Chelsea, Roman Abramovich untuk membeli kelab gergasi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.
🚨 Roman Abramovich is expected to receive bids this week to sell Chelsea as the pressure mounts on the owner for his links to the Russian regime.
For the first time during his ownership, potential buyers believe he would be willing to sell the club.
(Source: @Matt_Law_DT) pic.twitter.com/GK5wQdzXxv
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) March 1, 2022
Malah laporan turut mendedahkan Abramovich kini cuba untuk menjual kesemua villa yang dimilikinya di England. Dia juga mahu meninggalkan Chelsea dengan pantas.
Menurut Wyss, tindakan Abramovich itu dianggap logik mengambil kira dirinya merupakan salah seorang daripada penasihat dan teman rapat kepada Putin. Melepaskan segala aset di Britain bermakna Abramovich melepaskan segala tekanan dan keraguan terhadap dirinya.