Penjaga gol Arsenal – Bernd Leno mendedahkan keraian gol terlampau Lingard ketika aksi Piala FA antara perkara yang menjadi motivasi untuk Arsenal membalas dendam.
Lingard membuatkan pemain-pemain Arsenal tidak senang dengan gaya ‘moonwalk’ beliau kerana ianya diraikan di hadapan penyokong Arsenal.
My boys got no manners!🤭🤣🤣💪🏾💪🏾 pic.twitter.com/3KYy0m4HaW
— 1017 (@ShaqConway) January 25, 2019
Tarian Lingard itu masih kekal dalam ingatan para pemain Arsenal dan mereka sudah tidak sabar mahu membalas dendam ke atas skuad Ole Gunnar Solskjaer.
Lingard yang turut menjaringkan 2 gol ke atas Arsenal pada musim lalu, telah memanaskan sedikit keadaan dengan memuat naik status keraian tarian itu dengan meletakkan lokasi di ‘dancefloor’. Beliau merujuk kepada Emirates yang telah menjadi tempat beliau berhibur sambil menari.
Dalam pertarungan EPL di Emirates minggu lalu, 2 gol oleh Xhaka dan penalti Aubameyang menyaksikan Arsenal menamatkan rekod tanpa kalah Solskjaer.
Arsenal juga kini berkelebihan di hadapan United dalam persaingan merebut tempat ke UCL pada musim hadapan.
Mesut Ozil juga menyindir kembali Jesse Lingard dalam status twitter beliau.
Bernd Leno menyatakan mereka sangat terkesan dengan sikap Lingard yang meraikan gol dan kemudian ‘troll’ Emirates sebagai lantai tarian beliau.
Leno berkata: “Di dalam kepala anda, anda tidak akan mampu lupakan perkara seperti itu, apabila seseorang meraikan gol seperti itu. Kamu tidak mahu melihatnya berlau sekali lagi. Jadi, kami jadikan ia motivasi dan kami sedar kami ada peluang [memintas] ke atas Man. United yang ada kelebihan 1 mata.”
“Sekarang kami ada 2 mata di hadapan mereka dan itu sudah cukup untuk dijadikan motivasi. Kami kini di 4 teratas dan pasukan lain menunggu kami melakukan kesilapan.”
“Ini bukan liga untuk 6 pasukan sahaja, jadi kami perlu fokus kepada pasukan lain. Selepas ini kami akan berhadapan dengan Newcastle di Emirates, peluang untuk kami untuk terus menang dan kekal di 4 teratas.”