Ramai mengaitkan pemain ini dengan Manchester United ketika beliau dilaporkan akan terbang ke Manchester.
Mana tidaknya, mungkin pengaruh Portugis mempengaruhi perpindahan beliau. Sebelum ini Manchester United dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain ini pada perpindahan kali ini.
Namun rumors ini dinafikan oleh Jose Mourinho selepas kejayaan Manchester United menjuarai UEL beberapa hari lalu.
Ada juga yang merasakan Bernardo Silva terbang ke Manchester mungkin hanya untuk bercuti.
Segalanya menjadi hangat apabila Jamal Mbarek menghantar satu tweet:
Bernardo Silva menjadi pemain penting dalam kempen luar biasa Monaco musim ini. Mara sehingga ke separuh akhir UCL dan berjaya menjuarai Ligue 1.
Namun beliau membuat keputusan untuk menyertai Manchester City. City yang membuat rombakan besar-besaran dalam skuad mereka.
Sebelum ini, Guardiola memberikan isyarat bahawa sekurang-kurangnya 6 pemain akan dilepaskan oleh City. Sama ada dijual ataupun tidak disambung kontrak.
Silva yang terbang ke Manchester malam semalam akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Manchester City untuk memuktamadkan perjanjian dengan kelab tersebut.
Guardiola sebelum ini memuji aksi Bernardo Silva yang menjadi antara instrumen AS Monaco ketika menyingkirkan City dari UCL.
https://youtu.be/EMz6Ok4Plpk
Guardiola mengkritik cara pemain City bermain musim ini. Ramai pemain terlalu mudah hilang bola apabila berada di luar kotak penalti lawan.
Guardiola berkata:
“Pemain yang hebat dan bermain dalam pasukan besar, mereka tidak seharusnya terlalu mudah hilang bola di kawasan serangan.”
Guardiola juga menegaskan pemain seperti Aguero dan Gabriel Jesus perlukan lebih banyak hantaran lolos bukannya bola tinggi ataupun tidak banyak menerima bola dari bahagian tengah.
Bernardo Silva adalah pemain yang dirasakan Guardiola akan memberikan impak positif di dalam pasukan.