Bernardo Silva Berdepan Hukuman Gantung 6 Perlawanan

Pemain Manchester City, Bernardo Silva berdepan dengan hukuman oleh FA Inggeris kerana ciapan Twitternya.

Sebelum ini, beliau dikritik secara terbuka kerana ciapan itu yang berbentuk gurauan berunsur warna kulit terhadap seorang rakan sepasukannya. Rakan sepasukannya yang dimaksudkan ialah Benjamin Mendy.

Menerima sokongan

Gurauan Silva terhadap Mendy ialah mengenai gula-gula coklat. Namun begitu ciapan itu telah dipadam oleh Silva.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola telah memberikan sokongan kepada Silva dengan mempertahankan beliau. Malah, Mendy sendiri melahirkan sokongan kepada rakan sepasukannya itu.

Ciapan itu telah mengundang kritikan organisasi Kick It Out. Menurut organisasi itu, stereotaip berdasarkan bangsa (dan warna kulit) tidak diterima sebagai gurauan.

FA England menyatakan mereka sudah menerima surat rasmi daripada Bernardo Silva menyatakan beliau menyesali perbuatannya itu.

Semalam ESPN melaporkan, FA mendapati Bernardo Silva telah melakukan kesalahan peraturan E3(1) dan E3(2), yang berkaitan dengan penghinaan dan juga perbuatan berbaur perkauman.

Bernardo Silva diberikan tempoh sehingga 9 Oktober ini untuk memberikan kenyataan di atas pertuduhan itu.

 

Sebelum ini, Pep Guardiola berpandangan Silva dan Mendy tidak wajar dihukum kerana satu gurauan sedangkan kedua-dua pemain itu sudah lama mengenali.

Silva dan Mendy pernah bersama dalam satu pasukan ketika mewakili AS Monaco sebelum menyertai Manchester City. Mereka merupakan kawan rapat.

Bernardo Silva telah menjadi nadi penting Manchester City sejak menyertai pasukan tersebut. Musim lalu, Bernardo Silva membantu City membolot treble domestik. Beliau juga membantu Portugal menjuarai Liga Negara-Negara Eropah.

Kehilangan Bernardo Silva pastinya meresahkan Pep Guardiola yang menganggap pemain itu sebagai pemain penting dalam skuad beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN