Bagaimana Hendak Bermain Taktikal Gegenpressing Di Football Manager 2017?

Jika anda merupakan pemain Football Manager (FM), pasti anda pernah mencuba pelbagai taktikal yang menarik untuk memenangi pelbagai kejohanan untuk pasukan anda bukan?

Tak dinafikan ada diantara kita yang selalu mencuba formasi dan taktikal yang dilakukan oleh pengurus-pengurus terhebat di dunia.

Ada yang cuba untuk meniru taktikal Pep Guardiola dengan permainan penguasaan bola yang maksimum. Dalam masa yang sama, ramai juga yang suka mencuba untuk bermain ala Diego Simeone dengan membina tembok batu yang ampuh di bahagian pertahanan.

Namun begitu, taktikal ala Jurgen Klopp iaitu gegengpressing juga sering menjadi pilihan pemain FM untuk mencuba taktikal tersebut untuk pasukan mereka.

Oleh itu, kami bawakan cara yang paling mudah untuk difahami tentang bagaimana hendak bermain taktikal gegenpressing di FM.

Formasi

Bila sebut gegenpressing, pasti ramai yang terfikir permainan bertekanan tinggi dan pemain berlari tanpa henti mengejar bola.

Ya gambaran itu benar. Oleh itu, syarat utama untuk bermain dengan taktikal ini adalah anda perlu mempunyai kumpulan pemain yang berstamina tinggi di dalam skuad anda.

Untuk formasi , anda harus pilih formasi 4-3-3 dengan di bahagian tengah berbentuk V.

Bentuk formasi ini haruslah di dalam keadaan very flexible dan fluid. Hal ini keranan formasi ini kadangkala boleh bertukar menjadi 4-2-3-1.

Ia boleh terjadi kerana pemain diberikan kebebasan untuk bergerak di atas padang. Berikut adalah senarai posisi dan tugas di setiap posisi:

  • Penjaga gol – defend
  • Pertahan kiri – classic wing back (attack)
  • Pertahanan tengah kiri – centre back (cover)
  • Pertahanan tengah kanan – centre back (stopper)
  • Pertahanan kanan – classic wing back (attack)
  • Pemain tengah – ball winning midfielder (support)
  • Pemain tengah – ball winning midfielder (defend)
  • Pemain tengah – ball winning midfielder (support)
  • Penyerang – advance playmaker (attack)
  • Penyerang – shadow striker (attack)
  • Penyerang – attacking midfielder (attack)

formation

Jika dilihat pada formasi tersebut, tiada penyerang yang sejati digunakan. Hal ini kerana agak sukar untuk penyerang membuatkan tekanan jika beliau dalam tugas untuk menyerang.

Dalam dunia sebenar juga, Liverpool sering menjadikan Roberto Firmino sebagai false 9. Jadi di dalam FM, pemain yang mengisi slot shadow striker akan menjadi sandaran utama di bahagian serangan untuk mencari gol.

Arahan pasukan

Untuk arahan kepada pasukan, pastikan pasukan anda bermentalitikan counter.

Pasukan anda juga haruslah bergerak dalam keadaan fluid serta bermain dengan kadar yang seimbang dari segi width diatas padang.

Tempo permainan haruslah berada pada tahap paling tinggi iaitu much higher. Sementara di bahagian pertahanan, garisan pertahanan haruslah paling tinggi sambil bermain perangkap ofsaid.

Pasukan anda juga haruslah close down much more sambil mengarahkan pasukan untuk use tighter marking prevent GK distribution.

Ketika melakukan build-up, pasukan anda haruslah exploit the middle dan bermain hantaran pendek sebanyak mungkin serta menggunakan setiap ruang yang ada di padang dengan melakukan hantaran pass into space.

Pemain juga dibenarkan untuk mengekspresikan kebolehan diri mereka serta bebas bergerak di mana saja di atas padang.

Ketika menyerang, pemain haruslah melakukan work ball into box dan hanya bermain hantaran lintang rendah sahaja.

Pemain juga haruslah berlari melepasi pertahanan dengan melakukan run at defence ke arah pintu gol.

teaminstructions

Arahan individu

Untuk memastikan taktikal gegenpressing ini berjaya, anda harus pastikan setiap pemain ada arahan tambahan buat mereka.

Berikut adalah arahan individu untuk setiap pemain di setiap posisi:

  • Penjaga gol: Hantar bola ke pertahanan kanan
  • Wing backs: melakukan marking lebih ketat ke atas pemain lawan
  • Central defenders: kurang lakukan close down
  • Ball winning midfielder (defend)melakukan marking lebih ketat ke atas pemain lawan
  • Ball winning midfielder (support): Lebihkan gelecek, pergi lebih jauh ke depan gol, lebihkan hantaran berbahaya, melakukan marking lebih ketat ke atas pemain lawan
  • Advance playmaker: pergi lebih jauh ke depan gol, bergerak ke bahagian tepi, tidak kekal di posisi asal sahaja
  • Shadow striker: tidak kekal di posisi asal sahaja
  • Attacking midfielder: Lebihkan gelecek

Arahan menyekat pemain lawan

Untuk arahan menyekat pemain lawan atau opposition instructions, kesemua posisi haruslah diberikan close down para pemain.

Hanya right midfielder, left midfielder, attacking midfielder left attacking midfielder right perlu diarahkan untuk diberikan lebih tight marking disamping dengan arahan close down.

Selain itu, anda perlu pastikan setiap pemain lawan yang bermain di tepi seperti full back, wing back, winger & attacking midfielder dipaksa untuk show their weaker foot ketika perlawanan.

oppositioninstructions

Untuk latihan, anda harus pastikan latihan diletakkan pada paras high. Dan kerap menggilir-gilirkan antara latihan yang seimbang dan latihan taktikal ketika membuat persediaan untuk perlawanan.

Hal ini kerana, pasukan akan mengalami penurunan dari segi tactical familiarity di dalam FM17 jika anda jarang melakukan latihan taktikal.

Kami harap tips ini dapat membantu anda untuk bermain taktikal gegenpressing di FM. Semoga berjaya!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN