Bermain ‘Seperti De Paula’, Harry Kane Dikritik Selepas 2 Perlawanan

Harry Kane England Croatia prestasi de Paula 2021

Dua aksi pertama Euro 2020 berdepan Croatia dan Scotland, kapten England, Harry Kane telah dikritik hebat selepas mempamerkan ‘aksi seperti Guilherme de Paula’.

Beliau secara rasminya belum ‘pecah telur’ apabila terus tumpul di depan gol lawan walaupun pernah dinobat sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia 2018. Beliau juga masih segar dengan gelaran penjaring terbanyak English Premier League musim lalu.

Sengaja penulis membandingkan prestasinya seperti penyerang naturalisasi baharu skuad negara, de Paula. Gaya permainan Harry Kane dalam aksi berdepan Scotland awal pagi tadi telah mengingatkan penulis kepada penampilan de Paula tempohari.

De Paula dikritik oleh pengulas perlawanan dan majoriti penyokong kerana dikatakan hanya berjalan atau berjogging sepanjang perlawanan dalam aksi berdepan UAE dan Vietnam. Dan perkara yang sama juga dapat dilihat ditampilkan oleh Harry Kane.

Bekas pemain England yang mengulas di BBC Radio Live, Chris Waddle tampil mengkritik penyerang utama England itu. Katanya, “Apa yang saya boleh katakan, England kekeringan idea dan kualiti di final third dalam perlawanan ini.”

“Harry Kane nampak sangat penat,” tambahnya dan kenyataan Waddle itu turut dikongsi oleh bekas kapten Man United, Roy Keane yang mengulas di ITV Sport.

“Dia bermain sangat perlahan. Kelihatan dia seperti berjalan sepanjang masa dan jika England mahu bersaing sengit dalam kejohanan ini, anda perlukan pemain utama anda menyerlah,” tegas Roy Keane sambil bersetuju Gareth Southgate mengeluarkannya.

Gareth Southgate akhirnya mengeluarkan Harry Kane dan telah memasukkan Marcus Rashford pada minit ke-74, namun ia tetap gagal mengubah keputusan perlawanan itu.

Menurut rekod Whoscored, penyerang utama Tottenham Hotspur itu hanya mampu membuat tiga percubaan dalam dua perlawanan itu dan semuanya tidak tepat.

Sebagai penjaring terbanyak English Premier League musim lalu, harapan besar telah diletakkan kepadanya untuk menjadi peledak utama membawa England mara sejauh mungkin. Tetapi jelas beliau seperti gagal membentuk kombinasi dengan rakan-rakan.

Menurut bekas pemain England, Jamie Carragher, Harry Kane bukan lagi penyerang yang kita kenali dahulu, yang mengejar status selaku penjaring terbanyak kejohanan.

“Kane seolah-olah langsung tidak terlibat dalam kemenangan itu [berdepan Croatia] dan tampak penat,” tulis Carragher di dalam kolumnya di The Telegraph.

Berdasarkan pemerhatian Carragher, Jose Mourinho dikatakan telah menukarkannya daripada seorang penyerang berbahaya di depan gol kepada seorang yang membantu menyediakan bantuan gol kepada rakan sepasukan ketika rejimnya di Spurs.

Mempunyai keupayaan hantaran yang baik, Mourinho telah mengarahkan Harry Kane untuk kerap turun ke bawah mengutip bola dan membuat hantaran untuk pemain sayap mereka seperti Son Heung-min membuat larian seterusnya meledakkan gol.

Dalam 35 penampilannya di Spurs, beliau merekodkan 14 bantuan gol selain turut menyerlah dalam menghasilkan gol untuk muncul penjaring terbanyak. Berbeza dengan musim sebelum Piala Dunia 2018, beliau hanya merekodkan dua bantuan gol.

Selain itu, menariknya, beliau turut menerima Anugerah ‘Playmaker of The Season’ musim lalu! Ia selalunya dimenangi oleh pemain tengah. Untuk tiga musim sebelum itu, anugerah itu telah dimenangi oleh Eden Hazard dan Kevin de Bruyne (2 kali).

Begitupun, dalam dua aksinya berdepan Croatia dan Scotland, bukan hanya tiada jaringan gol, malah Harry Kane juga tidak mampu menghadirkan ‘assist’!

Benarkah prestasinya sebagai penyerang seperti Guilherme de Paula dalam saingan kelayakan Piala Dunia tempohari? Atau mungkinkah de Paula lebih baik?

Baca lagi artikel lain mengenai Harry Kane dan Guilherme de Paula:

Kenyataan Khalid Ali Beri Bayangan Kenapa De Paula Tidak Berkesan

De Paula Akhirnya Bersuara Mengenai Prestasi Dan Kritikan Penyokong Harimau Malaya

Jose Mourinho: Saya Akan Bersabar Dengan Harry Kane

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN