Bermain Dengan Firmino Adalah Satu Nikmat

Bintang Liverpool, Roberto Firmino mungkin tidak dianggap sebagai pemain yang begitu menyerlah jika hendak dibandingkan dengan Sadio Mane atau Mohamed Salah yang hampir setiap minggu menggegar jaring.

Akan tetapi, bermain bersama beliau adalah satu kenikmatan.

Bagi pemain Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain mengatakan beliau begitu menyukai bermain dengan pemain kebangsaan Brazil itu.

“Beliau bermain dengan cukup baik sepanjang masa dan sentiasa cuba untuk mencari rakan-rakan. Saya amat suka bermain dengan beliau, amat sukakannya,” kata beliau di laman rasmi Liverpool.

“Roberto Firmino sentiasa melakukan perkara yang menakjubkan, beliau bekerja untuk pasukan dan skil beliau bersuara untuk dirinya. Kami semua sukakannya!”

Firmino tempoh hari memberikan bola kepada Salah untuk menjaringkan gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Southampton.

Beliau juga turut memberikan bantuan gol kepada Oxlade-Chamberlain untuk menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan tersebut.

Hasilnya, bekas pemain Arsenal itu telah menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan berturut-turut.

Firmino dianggap sebagai sistem kepada corak permainan Jurgen Klopp kerana beliau boleh memberikan tekanan tinggi kepada pemain lawan dari bahagian hadapan.

Leave a Reply