Selepas 31 tahun, akhirnya kelab AC Milan bakal memperoleh pemilik baharu selepas pemilik lama iaitu Silvio Berlusconi mengesahkan penjualan kelab tersebut.
Penjualan tersebut dijual oleh Berlusconi kepada pemilik yang berasal dari China – Yonghong Li.
Apa yang menarik mengenai penjualan ini adalah Berlusconi menjual semua haknya di dalam AC Milan dengan jumlah pegangan sebanyak 99.93%!
“Hari ini telah disahkan pengambilalihan secara penuh pemilikan AC Milan dari Silvio Berlusconi kepada YongHong Li berkuatkuasa serta merta.”
Pembelian ini menamatkan tamatnya era Berlusconi di AC Milan selama 31 tahun.
Selepas mengalami penurunan prestasi sejak kebelakangan ini, pemilikan baharu ini diharap bakal mengubah landskap bola sepak AC Milan dan kembali sebagai kuasa utama bola sepak dunia.
Belotti ke AC Milan?
Selepas sah pemilikan AC Milan dari pemilik baharu, laman Sport Bible telah menyenaraikan 5 pemain yang boleh dipancing AC Milan ketika musim perpindahan nanti.
Antara yang menjadi perhatian adalah penyerang Torino – Andrea Belotti.
Beliau merupakan pemain yang kini sudah menjaringkan lebih daripada 20 gol untuk Torino dan menjadi buruan hangat kelab utama di Eropah.
Jika AC Milan berjaya menawarkan tawaran yang baik kepada Belotti, mungkin pemain tersebut akan menerima tawaran mereka kerana AC Milan adalah kelab kegemarannya!
Selain daripada itu, pemain seperti Alexandre Lacazette dan Marco Verratti juga merupakan antara pemain yang sesuai menyertai juara UEFA Champions League 7 kali itu.
Lacazette merupakan antara penyerang yang cukup tajam dihadapan gol dan turut diburu oleh kelab-kelab utama Eropah.
Sementara Verrati menurut ejennya memberi gambaran mahu pulang ke Itali beraksi di Serie A.
“Verratti mahu menang. beliau tak nak menang kejuaraan di Perancis sahaja.”
2 lagi nama yang dicanang adalah pemain AS Monaco Benjamin Mendy serta pemain Benfica – Victor Lindelof.
Baca juga: Lionel Messi Berlatih Sendiri, Tak Puas Hati Dengan Enrique