“Berlari Pun Tak Nak, Kenapa Pilih?” – Safee Sali Mahu Kembali Ke Skuad Harimau Malaya

Safee Sali Shahrom Kalam Hafizal Hamad BolaMamak Astro Arena

Sebagai penyerang berbisa skuad negara dalam dekad ini, Safee Sali melontarkan rasa kecewa dengan prestasi jentera serangan yang diketuai Guilherme de Paula dan berkata mahu kembali bersama Harimau Malaya.

Sekiranya tiada langsung pemain tempatan yang menyerlah di saingan liga musim ini, Safee Sali mengharapkan beberapa penampilan cemerlangnya musim ini mampu menarik perhatian Tan Cheng Hoe untuk dipilih.

Dua gol dan empat bantuan jaringan daripada 4 penampilannya daripada kesebelasan utama bersama KL City FC sejak akhir-akhir ini dirasakan mampu untuk menarik perhatian pengendali berusia 53 tahun itu untuk ke Piala AFF.

Untuk rekod juga, dalam 76 penampilannya bersama Harimau Malaya, Safee Sali telah meledak 23 gol.

Berapa gol Malaysia sudah hasilkan tahun ini? Sejak Mei lalu, Malaysia hanya meledak empat gol daripada tujuh perlawanan. Dan de Paula sebagai penyerang naturalisasi terbaharu skuad negara hanya meledak dua gol.

Mungkin ada yang mengatakan faktor umur menyebabkan Safee Sali tidak lagi mampu beraksi di pentas antarabangsa. Berusia 37 tahun dan mampu beraksi dalam saingan Liga Super, tidak rugi untuk mencubanya.

Dengan krisis di jentera serangan ketika ini, apa lagi pilihan yang kita ada, jika penyerang daripada Liga Premier dikatakan tidak memenuhi citarasa untuk skuad kebangsaan. Mungkin Safee Sali adalah pilihan sementara jika penyerang seperti Darren Lok, S.Kumaahran ataupun Shahrel Fikri tidak dapat memberikan prestasi baik.

Sebagaimana kita tahu, Darren Lok baru pulih daripada kecederaan panjang dan begitu juga Shahrel Fikri. Hanya Kumaahran yang dirasakan mungkin prestasi baiknya bersama Melaka United tidak ‘dipandang’ sesiapa.

Dalam rancangan terbitan Astro Arena, Bola@Mamak, bekas pertahanan skuad kebangsaan, Shahrom Kalam mengatakan beliau tiada masalah sekiranya Safee Sali dipanggil untuk mengukuhkan jentera serangan nanti.

“Saya rasa releven [panggilan untuk Safee Sali] berdasarkan statistik,” ungkap ringkas Shahrom Kalam kepada moderator rancangan Hafizal Hamad apabila dilontarkan persoalan releven atau tidak memanggil Safee Sali.

“Kalau pemain itu bersungguh-sungguh main untuk pasukan, bagilah pada dia. Kalau kita tengok berlari pun tak nak, kesian kepada rakan-rakan lain yang berlari,” ujar Safee Sali ketika menyampuk Shahrom Kalam.

“Orang marah sebab kita bagi kerakyatan, tetapi main macam itu. Tiada kesungguhan bermain untuk negara, orang akan persoalkan,” ujar penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 dengan lima gol, yang turut membawa Malaysia menjulang kejuaraan tersebut buat kali pertama dan terakhir dalam sejarah Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN