Pahang, Berilah Ruang Dan Peluang Buat Azam Azih Dan Matthew Davies

Menurut laporan Berita Harian, walaupun dua tonggak skuad B-23, Matthew Davies dan Nor Azam Azih terlepas peluang untuk latihan di China, kedua-duanya masih diberikan peluang untuk bersama skuad B-23 di Sukan Asia 2018.

Bagi Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi yang juga merangkap pengurus skuad B-23 masih menaruh harapan dan mengharapkan Pahang akan melepaskan kedua-dua pemain tersebut.

Ada laporan yang mengatakan Pahang berhak untuk berbuat demikian atas sebab kejohanan itu hanyalah pentas Sukan Asia dan ianya tidak tertakluk dalam kalendar kejohanan anjuran Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Selain itu, Pahang juga dikatakan akan kehilangan sentuhan kedua-dua pemain utamanya itu yang telah merekodkan minit permainan tertinggi di kalangan para pemain dalam pasukan Pahang, iaitu 1,769 minit untuk Azam dan 1503 untuk Davies.

Foto: Media PBNP

Menurut pandangan penulis, Pahang sewajarnya untuk mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak membenarkan kedua-dua pemain muda tersebut untuk menerima panggilan menyertai skuad B-23 kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Apa ada dengan Piala Malaysia?

Piala Malaysia tidak lagi menjadi piala keutamaan seperti kejuaraan liga (unifi Liga Super, 100PLUS Liga Premier atau Piala FAM). Ya, ia merupakan kejohanan tertua di Asia, namun ia sudah tiada nilai dan harga buat yang menjuarainya.

Mungkin hanya sebagai satu kebanggaan jika pasukan tersebut menjuarainya. Itu sahaja.

Ia tidak menawarkan sebarang keistimewaan seperti slot untuk ke kejohanan anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) atau sebagainya. Jadi, mungkin, pada pandangan penulis, Pahang boleh melepaskan kedua-dua pemain tersebut.

Piala Malaysia

Pahang mungkin berhasrat ingin memenangi semula Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada musim 2014 apabila menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas akhir menerusi penentuan sepakan penalti.

Selain itu, Pahang juga pasti ingin menambah koleksi kejuaraan Piala Malaysia yang mula diperkenalkan sejak 1921 itu. Sehingga kini, Pahang telah menjuarainya bermula pada edisi 1983, 1992, 2013 dan kali terakhir 2014.

Tak lama pun, paling minimum terlepas 3 perlawanan

Acara bola sepak di Sukan Asia 2018 dijangka akan berlangsung selama hampir sebulan dari 10 Ogos hingga 2 September 2018. Sementara Piala Malaysia pula akan bermula pada 4 Ogos sehingga penghujung Oktober 2018.

Jika melepaskan dua tonggak utama mereka itu, Pahang akan kehilangan khidmat mereka sehingga ke perlawanan ke-5 peringkat kumpulan Piala Malaysia, itu pun sekiranya Malaysia melangkah sehingga ke perlawanan akhir.

Jika skuad B-23 ditakdirkan tidak melangkah lebih jauh dan menamatkan aksi di peringkat kumpulan sahaja, Pahang hanya kehilangan khidmat mereka sepanjang tiga minggu ini sahaja, iaitu melibatkan tiga perlawanan Piala Malaysia.

MALAYSIA, Johor Bahru: Amirulhadi of JDT (blue) and Pahang players (white) during FA Cup match at Larkin Stadium on April 23, 2017. Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Jadi, apa yang perlu Pahang risaukan? Bola sepak adalah permainan berpasukan dan pastinya ada pemain lain yang boleh mengambil alih sementara posisi tersebut. Ianya hanya untuk sementara, rasanya Dollah Salleh boleh mengawalnya.

Pahang tiada pilihan lain?

Adakah kemampuan pemain kedua kepada Azam dan Davies tidak mencapai tahap yang diinginkan? Atau adakah mereka tiada pemain kedua untuk kedua-dua pemain ini sehingga mengharapkan sepenuhnya kepada sentuhan mereka?

Pemain yang boleh didaftarkan oleh setiap pasukan adalah 30 pemain dan Pahang sudah pastinya memiliki pilihan lain seperti Solomon Raj dan R. Dinesh untuk menampung seketika kehilangan tenaga utama pasukan mereka.

Sewajarnya setiap posisi memiliki pilihan lain sekiranya pemain utama mengalami kecederaan atau penggantungan. Jadi, sebenarnya, adakah Pahang telah bersedia sekiranya kedua-dua situasi tersebut berlaku?

Foto: Pahang FA

Oleh itu, Solomon atau Dinesh yang pernah digunakan oleh Dollah Salleh sebagai pilihan kedua kepada Azam dan Davies sudah boleh digunakan untuk sementara. Ini peluang buat mereka berdua memberikan sesuatu yang lebih kepada pasukan.

Penutup

Ya, mungkin pandangan penulis sedikit berbeda dengan pandangan-pandangan lain. Masakan tidak, kita rambut sahaja sama hitam, hati lain-lain. Namun, ianya tidaklah seperti sayur dengan rumput, yang jelas sangat perbezaannya.

Kedua-dua pemain ini merupakan permata berharga buat skuad negara dan juga Pahang di masa kini dan juga pada masa hadapan. Dan sudah pastinya khidmat mereka akan sentiasa menjadi rebutan antara kedua-dua pasukan.

Penulis melihat ini adalah peluang kepada pasukan Pahang untuk memberi lebih ruang buat Solomon dan Dinesh untuk mendapat lebih minit perlawanan. Mereka pun tidaklah terlalu tua, masih muda dan bertenaga untuk menyumbang sesuatu.

Ini bukanlah kejuaraan liga ataupun Piala FA yang menawarkan sesuatu yang lebih kepada pasukan jika menjuarainya. Seharusnya, Pahang ataupun pasukan lain tiada masalah untuk melepaskan sementara pemain-pemain yang terlibat.

Oleh yang demikian, pihak persatuan pertimbangkanlah tawaran Timbalan Presiden FAM tersebut seelok-eloknya. Berilah ruang sepatutnya buat Azam dan Davies untuk menabur keringat bersama-sama rakan-rakan mereka di Sukan Asia 2018.

Nota editor: Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili Semuanya BOLA sebagai sebuah organisa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN