Berikutan Isu Keselamatan Dan Fasiliti, Cameroon Terlepas Peluang Anjurkan AFCON 2019

AFCON

Bola sepak Afrika telah dikejutkan dengan berita mengenai Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) telah menarik hak penganjuran Africa Cup Of Nations (AFCON) daripada Cameroon.

Cameroon pada asalnya dijangka akan menjadi hos pada pertengahan tahun hadapan. Edisi 2019 ini menjadi tumpuan kerana format 24 pasukan pertama kali digunapakai.

Malah, ia juga menjadi kejohanan pertama diadakan pada Jun atau Julai. Sebelum ini, AFCON biasa dilangsungkan pada Januari atau Februari.

Fasiliti?

CAF dilaporkan telah bermesyuarat lebih 10 jam di Accra, Ghana sebelum membuat keputusan drastik ini. Antara faktor penarikan hak ini ialah mengenai isu keselamatan dan fasiliti.

Isu keselamatan terarah kepada potensi serangan kumpulan ekstrimis Boko Haram di Cameroon.

Selain itu, CAF diberitahu bahawa negara tersebut sering menangguhkan proses menyiapkan fasilti untuk kejohanan bola sepak berprestij Afrika itu.

Cameroon kali terakhir menjadi hos AFCON ialah pada 1972.

Skuad Cameroon merayakan kemenangan AFCON edisi 2017. Sumber: Nigerian Business Post.

Cameroon juga memenangi AFCON pada tahun 2017 di mana Gabon menjadi hos. Mereka menewaskan Mesir pada perlawanan akhir.

Belum berakhir

Sebenarnya pusingan kelayakan AFCON 2019 masih belum berakhir. 48 pasukan yang beraksi dalam fasa kelayakan ini akan melengkapkan jadual perlawanan pada Mac 2019.

Bagaimanapun, sudah ada negara yang berjaya melepasi pusingan kelayakan ini. Antaranya Mesir, Maghribi dan Nigeria.

Siapa tuan rumah?

CAF dijangka akan mengumumkan negara hos kejohanan sebelum akhir tahun ini.

Maghribi antara negara yang disebut-sebut menjadi tuan rumah. Maghribi merupakan pesaing untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 namun tewas kepada pakatan 3 negara Amerika Utara.

Selain itu, hos Piala Dunia 2010, Afrika Selatan juga berpotensi bagi menganjurkan AFCON. Begitu juga dengan Mesir.

Tindakan tegas CAF seharusnya memberikan pengajaran kepada negara yang ingin menjadi hos kejohanan sukan berprestij dunia. Menjadi tuan rumah bukanlah kerja main-main, sebaliknya satu tanggungjawab yang perlu dipenuhi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN