Siapa yang buat baik akan menerima pembalasan baik, siapa yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan. Demikianlah maksudnya ‘hukum karma’.
Perkataan Karma pertama kali disahkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1827.Ini adalah perkataan yang bermaksud hasil daripada tindakan seseorang serta tindakan mereka sendiri. Ia adalah satu istilah
mengenai kitaran sebab dan akibat.
Ia bukan sekadar menjadi ajaran di dalam agama Hindu atau Buddha, tetapi juga menjadi pengukur moral di dalam kehidupan harian masyarakat sehingga wujudlah peribahasa “apa yang disemai, itu akan dituai”.
Dan jika ada individu yang mahu merenungkan kembali perbuatan dan balasan karma yang menimpa dirinya, ia semestinya adalah Cristian Romero, pemain pertahanan dari Argentina yang kini menyarung jersi Tottenham.
Romero menganjing Maguire
Cristian Romero dengan sepenuh hati dilihat mengetawakan Harry Maguire secara berhadapan untuk tujuan membahan (troll) pemain pertahanan Man United itu selepas beliau menjaringkan gol sendiri.
Maguire tertampan bola ke dalam gawang sendiri ketika cuba menghalang hantaran lintang pemain pasukan lawan. Tampanan tersebut turut membenarkan Tottenham menyamakan kedudukan kepada 2-2.
#Romero does this to Maguire and then minutes later he fails to mark Ronaldo who then makes it 3-2. Karma is a good thing. #MUNTOT #ronaldo𓃵 pic.twitter.com/hh6nomwk92
— Hasan Patel (@Hasanpatel) March 12, 2022
Romero jelas tidak memberi muka dan terus ‘menganjing’ kesilapan yang dilakukan oleh kapten Manchester United itu. Maguire sememangnya watak yang amat dikenali sebagai ‘mangsa troll’ oleh penyokong pasukan lawan.
Ia berlaku kerana kesilapan-kesilapan aneh yang sering dilakukan oleh pemain pertahanan England itu setiap kali beraksi bersama Manchester United.
Jika perbuatan penyokong yang gemar hidup dalam budaya ‘troll’, perbuatan tersebut sememangnya difahami. Tetapi untuk sesama pemain profesional saling ‘menganjing’ seperti yang dilakukan Romero, maka etika semangat kesukanan pemain itu sedikit sebanyak boleh dipersoalkan.
Romero terima akibat
Mustahil Maguire tidak sedar akan perbuatan Romero yang ketawakan beliau secara berhadapan. Romero dengan jelas sengaja berjalan ke arah Maguire untuk berbuat sedemikian.
Namun bekas pemain Leicester City itu tidak memberikan respon. Mungkin dirinya juga sudah biasa dijadikan mangsa troll. Orang kata, alah biasa tegal biasa.
Tetapi apa yang berlaku kepada Romero selepas itu ibarat sebuah pembalasan. Ini kerana pemain itu menjadi punca kepada gol kemenangan dan hatrik yang dihasilkan Ronaldo.
🗣 "It comes back to haunt you, things like that"
Roy Keane, @GNev2 and Michael Dawson were NOT impressed with what Cristian Romero did to Harry Maguire 😡 pic.twitter.com/nEFGLwwDnX
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) March 12, 2022
Sebelum sepakan sudut diambil, Romero sepatutnya mengawal gerakan pemain Portugal itu dengan ketat, tetapi anehnya Romero membenarkan Ronaldo bebas di dalam kotak penalti sebelum pemain itu menanduk masuk gol kemenangan United.
Dan akhirnya Maguire – walaupun menjaringkan gol sendiri – memperolehhi tiga mata daripada kemenangan ini, manakala Romero dan Spurs kembali ke London dengan tangan kosong.