Beri Masa Untuk Kim Pan-gon Angkat Maruah Harimau Malaya

Kim Pan-gon

Berilah masa, itulah yang diperlukan untuk Kim Pan-gon ketika ini dalam usaha beliau mengangkat maruah Harimau Malaya di persada bola sepak antarabangsa.

Jurulatih baharu itu belum lagi mengharungi perlawanan pertamanya bersama Harimau Malaya tetapi sudah ada suara-suara yang menunjukkan ketidakpercayaan terhadap beliau.

Menurut laporan Sinar Harian, bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, masa itu perlu untuk diberikan kepada Pan-gon supaya jurulatih itu boleh menyerlah.

“Kim Pan-gon haruslah diberikan peluang kerana kita mahu beliau membawa kejayaan kepada skuad negara.”

“Biarkan beliau lakukan tugasannya dahulu dan kita jangan terlalu cepat melatah. Beliau juga sudah nyatakan yang dirinya mahu mengenali pemain terlebih dahulu.”

Tambah Azlan, beliau berpendapat yang pemilihan pemain kali ini tidak ada beza dengan apa yang dilakukan oleh jurulatih sebelum ini.

Malah, bekas penganalisis Astro Arena itu juga tidak terkejut jika melihat skuad yang dipanggil kali ini lebih kepada barisan pemain yang banyak dicadangkan oleh pembantu E. Elavarasan.

Panggilan skuad Harimau Malaya yang pertama oleh Pan-gon melihatkan majoriti pemain Johor Darul Ta’zim dipanggil dengan Safiq Rahim dan Aidil Zafuan antara muka-muka yang kembali.

Tetapi persoalan turut muncul apabila terdapat pemain seperti Ryan Lambert dan Zhafri Yahya yang begitu cemerlang dengan Kuala Lumpur City tidak dipanggil.

Selain itu, pemain naturalisasi ‘kesukaan’ ramai iaitu Guilherme De Paula juga tidak dipanggil.

Pasukan negara bakal berdepan Filipina dan Singapura dalam aksi perlawanan persahabatan tahap 1 satu di Kota Singa tidak lama lagi.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN